MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Thursday, January 10, 2013

Kak Da : Crumble

Assalamualaikum

Tempahan kali ni datangnya cousin kepada kawan saya...Kak Da juga tinggal di Putrajaya dan saya telah pergi ke rumah beliau untuk mengambil baju tempahan..duk di satu kawasan yang sama..xjadi masalah untuk sy ambik dan deliver...

Kak Da inginkan crumble di leher, tangan baju dan juga di kain... nanum jahitan di bahagian baju tidak dapat di kongsi di sini kerana ianya adalah permintaan Kak Da untuk tidak di-publish untuk tontonan umum..




Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada gambar jahitan manik yang telah saya jahit di bahagian kain..simple crumble sahaja kerana tempoh masa yang singkat iaitu 4 hari untuk saya menjahit.

Alhamdulillah...sempat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan..harap Kak Da berpuas hati dan terima kasih banyak-banyak sebab sudi menempah dengan saya.

SYUKUR PADA ALLAH



Wednesday, January 9, 2013

Simple Bracelet Mak Saya

Assalamualaikum..

Terasa tahun ni penuh dengan kerja-kerja pejabat yang menimbun...terasa juga tahun ni lebih byk outstation...aiii...camner la keje-keje menjahit saya nanti ni???mungkin selepas ini saya tidak menerima tempahan yang ada dua date kot...

Jahitan ni dah lama jugak tersimpan dalam draf...baju mak saya ni dijahit dengan simple bracelet yang diinspirasikan daripada Sifu Sheik Azmi..



Ringkas sahaja jahitannya tapi ianya cukup comel bagi yang inginkan jahitan yang simple..masa untuk disiapkan hanya dalam 2hari bekerja sahaja...


Thursday, January 3, 2013

Warna-warni Pearls

Assalamualaikum...
Begitu lama entri ni duk dalam draf sampaikan dah bealih tahun...hihihi...Tempahan jahitan manik ni adalah daripada pelanggan tetap sy iaitu Puan Mimi..beading arts hanya di tangan sahaja..




Saya dah lupa berapa hari untuk siapkan jahitan ni...rasanya lebih kurang 2-3hari jugak laa...jahitan ini hanya simple shj...namun bila digabungkan dengan pelbagai warna pearls..ianya tampak begitu menyerlah sekali...cute kan...

Diharapkan Puan Mimi berpuas hati...terima kasih byk-byk..



Friday, November 16, 2012

Patch Lace Pn. Nor Aishah

Assalamualaikum...
Tempahan ini datangnya daripada pegawai di pejabat saya, Puan Nor Aishah...dah lama baju ni dihantar iaitu dalam bulan puasa yang lepas...tapi mmg telah di-request untuk disiapkan baju ni selepas beliau abis cuti bersalin..hihihi...so xde la terlalu rushing utk sy menjahit kan..

Puan Nor Aishah mahukan patch lace di baju beliau..


Di bahagian tangan


Saya pun dah lupa brepa lama sy nk siapkan baju ni...nk jahit patch lace tu sekejap je tapi nak buat manik tabur/renjisan di sekeliling patch lace tu agak lama skit..dan sy pulak....mmg kurang suka skit kalau nk menjahit manik tabur ni...lambat...hihihi...

By the way..thanks to Puan Nor Aishah yang sudi tempah jahit manik dgn sy...harap berpuas hati..!!


Monday, November 5, 2012

Patch Lace Peach+Hijau

Assalamualaikum....

Ini baju saya...hihihi..sy jahit patch lace..duk jahit cantik je di baju-baju customers..so teringin nak jahit di baju sndiri....

Di leher sy hanya buat separuh je..membazir lak rasanya bila pakai tudung tapi xnampak pun kan...

Bila di baju sndiri ni..agak malas skit nk jahit manik tabur/renjisan...hihihi...buat simple..simple jela yer..lagipun baju ni dah setahun jahit..tapi xpakai gara-gara baju kosong...

Kejap je jahit patch lace ni..dlm masa 1 hari leh siap..tapi agak lambat bila nk menyembat dan fikirkan corak/bahan yg sesuai digunakan sahaja...


Friday, November 2, 2012

Bracelet Biru Saya...

Assalamualaikum....

Baju ni bukan tempahan daripada sesiapa pun...hihi...ini baju saya sendiri...almaklum ler..asyik duk menjahit baju orang je...sampaikan baju sendiri xde pun manik bling-bling mcm orang lain....

Pendekatan yang saya gunakan untuk menjahit manik baju sendiri biasanya ialah..jahit yg simple dan cepat..nnt baju pelanggan lak tak terjahit sampai sudah...hihihi...baju ni saya hnya jahit bracelet sahaja...senang, cepat dan cantik...



Saya ambik masa 2 hari gak la nak siapkan baju ni...guna je bahan-bahan yang ada di rumah..yang mana biasanya saya beli extra tu...ermmmm....dah byk kali pakai dah baju ni...baru je siap dijahit manik...ketinggalan zaman betul baju-baju sy...hahahaha...



Tuesday, October 23, 2012

Bunga Merah Puan Mimi...

Assalamualaikum...

Tempahan beading kali ni daripada Puan Mimi..customer tetap saya...sampai dah tak ingat dah bilangan baju yang ke brepa ni...hihihi...beliau mahukan simple beads hanya di bahagian tangan sahaja..



Akhirnya..inilah hasilnya...saya gunakan labuci berbentuk 4-segi untuk dijadikan kuntuman bunga...bila dah siap...cantik jugak...

Harap Puan Mimi berpuas hati...terima kasih di atas tempahan..

Wednesday, October 3, 2012

Dedaun Pinky Hani

Assalamualaikum...

Corak dedaun ni adalah di-request sendiri oleh Hani untuk tempahan baju beliau yang ke-3..sy cuba unutk menjahitnya...Alhamdulillah..first time buat...akhirnya menjadi jugak..cantik lak bila dah siap..ringkas dan comey jer..

Saya ambik masa lebih kurang 2 hari sahaja untuk siapkan baju ni...dah telah delivered pada 16 September 2012 yang lepas..


Gabungan pink+gold...mmg sgt nice combination color ni..harap Hani berpuas hati...terima kasih di atas tempahan..


Tuesday, September 18, 2012

Bracelet Kak Zana

Assalamualaikum..

Tempahan kali ni adalah daripada Kak Zana..ofismate saya...baju ni adalah baju raya beliau...hihihi...sebelum raya xsempat nak jahit..so lepas raya jela Kak Zana hantar utk dimanikkan..

Kak Zana yang dah lama berkenan dengan bracelet ni...hihihi...akhirnya tertunai jugak...bracelet yang ringkas dan sgt menyerlah ni senang untuk dijahit...

Hanya di bahagian tangan...gabungan biru dan silver...terima kasih sebab sudi tempah..harap berpuas hati..hanya 1 hari sy siapkan tempahan ni...ada sesiapa lagi nak jahit bracelet ni??hihihi...


Bracelet Hijau...

Assalamualaikum..
Tempahan ni datangnya daripada kawan rumah Zai..last minit baju untuk kenduri..disebabkan material nak menjahit xbyk..so sy decide nk jahit bracelet jer...



Tempoh masa hanya 1 malam shj..so bracelet ini adalah yang paling ringkas, cepat dan menarik...Alhamdulillah dapat disiapkan hingga tertido dengan jarum di tangan...hihihi...harap kawan serumah Zai berpuas hati dengan jahitan ni..terima kasih byk-byk sebab sudi tempah...


PESANAN PENAJA