MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Showing posts with label Aainaa. Show all posts
Showing posts with label Aainaa. Show all posts

Friday, June 24, 2011

Manik Tabur Aainaa

Assalamualaikum..
Baju raya yang ke-3 saya jahit utk Aainaa...atas permintaan Aainaa yang hanya mahukan yang ringkas shj di tangan..so sy decide nk jahit manik tabur shj

Sebenarnya jahit manik tabur la paling susah sebab kena kutip satu-satu..adehhhh!..letih jugak..disebabkan tahap kemalasan yang melanda, 2 hari sy nk siapkan corak yang simple ni..hahaha..sepatutnya separuh hari leh siap tau..



Rupa keseluruhan tangan..comel kan..sy suka dan harap Aainaa pun suka..!!

Wednesday, June 22, 2011

Bunga-Bungaan Kuning Aainaa

Assalamualaikum..
Baju raya Aainaa yang ke-2 saya jahit..batu-batu dan manik sy import drp Kelantan sebab kat sini xde batu yg kena dengan warna yang saya nak..

9 hari sy ambik masa untuk siapkan baju ni..alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya siap..al-maklum la sy bukannya sepenuh masa menjahit kan..ada masa terluang sy jahit laa..kalau ms yg diambil agak lama skit tu harap semua pelanggan sy faham..


Sekuntum bunga di tangan


Di tangan




Di baju..hanya dibadan shj dijahit..ini mmg permintaan Aainaa sbb baju first yg dijahit tu dah ada dileher..so lain baju lain lak corak dan tempat jahitan manik..ada sedikit variasi di baju kan..


Rupa keseluruhan baju..

Nota: Atas permintaan pelanggan harga asas setiap baju yg dah dijahit dan dah deliver ada di side bar sebelah kanan ..mohon pelanggan faham sebab harga setiap jahitan manik adalah berbeza harganya mengikut keperluan..

Monday, June 13, 2011

Shimmering Floral Pearl Aainaa

Assalamualaikum..
Tempahan jahit manik kali ni drp kawan sebelah meja sy..Puan Aainaa..first time hantar, terus 3pasang baju raya..dia hantar awal-awal sbb sy selalu push dia hantar..hahaha..tujuannya supaya sy dapat siapkan baju dia dalam keadaan yg kemas dan cantik..tidak kelam-kabut kejar masa..hihihi..betul tak Aainaa??

Masa yang diambik kali ni hampir 2minggu..sebabnya sy kena hadir utk kursus selama 4 hari di Pulau Pangkor..so masa untuk menjahit amat terhad..

Jahitan kali ni adalah gabungan antara bunga dan pearl..kali ni ialah kali ke-2 sy menerima color biru KKLW ni..hahaha..dlm simpanan baju yg dihantar oleh customer pun ada lagi satu color biru ni..


Selepas berbincang dengan Aainaa..sy decide nk buat half leher jer..dpt jimat modal/upah dan juga masa untuk menjahit..lagipun Aainaa bertudung dan dengan ketiadaan manik di atas tidak akan mencacatkan keadaan dan rupa bila memakai baju tu nnt..


Shimmering floral di tangan..


Rupa keseluruhan baju..Saya sangat suka jahit corak ni..ada keriangan di hati nk siapkannya..hihihi..

Nota kaki: kenapa la sy xpandai jahit baju sendiri secantik ni??

PESANAN PENAJA