MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Showing posts with label Manik. Show all posts
Showing posts with label Manik. Show all posts

Monday, September 10, 2012

Patch Lace Raya Pn. Nor Aishah

Assalamualaikum...

Baju jubah biru ni sama tema dengan raya keluarga saya tahun ni....ehhh..bukan...hihihi...baju ni kepunyaan officer sy..Puan Nor Aishah yang tengah sarat mengandung...beliau xnak lepaskan peluang untuk bling-bling di hari raya walaupun due date bersalin sehari sebelum raya....hihihi

Puan Nor Aishah minta untuk di patch lace di bahagian tangan sahaja...



Alhamdulillah...patch lace ni siap dalam beberapa hari sahaja...nak kejar lace seterusnya lak...hihihi...Dan Puan Nor Aishah telah bersalin pada raya ke-5...so sempatlah beliau nak beraya sakan dengan baju biru bling-bling...hihihi....

Harap Puan Nor Aishah berpuas hati...terima kasih di atas tempahan!

Highlite Crepe Hani

Assalamualaikum...

Baju batik crepe kepunyaan Hani ni..hanya diminta untuk highlite sahaja...

Hani mahukan highlite yang simple dan skit-skit sahaja di bahagian tangan dan juga badan 


Sebenarnya..nk buat highlite ni lebih susah berbanding nk menjahit manik..susah nk ikut corak baju dan nk match colornya..nnt xkena..xnaik lak highlite tu kan...sy ambik masa beberapa hari gak la nk siapkan highlite ni...

Harap Hani berpuas hati..terima kasih di atas tempahan...Baju pink bercorak daun in progress..Insyaallah by this week leh delivery...

Thursday, August 16, 2012

Baju Mak Saya...

Assalamualaikum..
Semasa balik kampung pada permulaaan puasa 21-22 Julai 2012...2 hari je pun tapi seperti biasa la..bukan leh bercuti sgt..mak sy akan memaksa sy utk jahit baju dia...ermmm...kalau tak dilayan kan ada jela bunyinya...so layankan jela...




Hasil jahitan yang simple...xde bahan sbb mmg sy xbawak balik alatan menjahit..so letak jela apa-apa yang ada...akhirnya siap jahitan ni...hihihi...

Tuesday, August 7, 2012

Bunga Reben Oren

Assalamualaikum...
 Byk entri jahitan manik yang masih belum dipost di sini...tempahan raya kali ni mmg byk tapi saya je yang tak snaggup nak ambik...lagipun sebelum puasa sgt byk pegi outstation dan juga bulan puasa yang sibuk dengan RBC..

Tenpahan kali ni adalah datangnya daripada Puan Mimi..jahitan ni disiapkan sebelum raya lagi..tp sy yang xsempat nk post entri...



Jahitan hanya di tangan sahaja..gabungan bunga reben dan lace..satu benda baru yang tak pernah sy buat sebelum ni..bila dah siap cantik jugak...lama betul masa yg diambil nak siapkan jahitan ni...entah brepa kali pergi outstation...barulah siap baju ni...hahaha

Harap Puan Mimi berpuas hati..next time saya jahit patern lain lak..

Selamat Berpuasa..Terima kasih ALLAH

Wednesday, July 4, 2012

Projek Last Minit ni...

Assalamualaikum...

Dah lama nk post entri ni tapi asyik tertangguh jer...Kawan saya di Shah Alam tu suka sgt tau buat saya terkejut dan terkedu...eiiii...geram dan gembira silih berganti...hahahaha....geram sebab beliau secara tiba-tiba akan bagi saya jobs dan esoknya nak siap....suka sgt buat saya lemah jantung....nk cpt-cpt..Alhamdulillah setakat ni..semua jobs tu sy buat ikut timing yg dikehendaki...

Job pertama yg saya dapat ialah buat patch lace di tudung..due date ialah sehari untuk 6helai tudung..pengsan kejap....!!

Sangat la mencabar nak jahit lace ni di tudung....mmg serik laaa...tudung yg kainnya sangat lembut dan perlukan fokus yang amat tinggi...

Ini lah 6 helai tudung yang telah siap di-patch lace...Alhamdulillah kawan sy sgt suka..tudung-tudung ni telah digunakan untuk satu shooting di tv...

Next jobs lak ialah jahit pearls di bahu baju...due date hanya 2 hari. untuk 4 helai baju..memula tu saya agak pening gak fikir camner la pattern yang kawan saya nak ni...demand betul..nak camni..camtu..nasib baik kawan..kalau orang lain rasanya..ok buat sendiri laaa...hahahaha..okey gurau jer...!!

Gini ler penyudahnya...dan kawan saya sangat sukakannya...Alhamdulillah..simple but so nice di bahu kiri dan kanan kan..

Ini ialah 4helai baju kurung moden yang telah siap di beading...cantik betul warna kain-kain ni..sy pun berkenan.. dan...


Selepas itu..6 helai baju kurung moden lagi dihantar untuk dibeading di bahu shj..sama seperti yang dibuat sebelum ni...Alhamdulillah..dalam masa 3 hari sy dah siapkan semuanya...semua baju-baju ni akan dijual secara online...

Seronok menjahit bila kita tau cara dan teknik yang betul...susah bila nk fikirkan patern dan warna yang perlu dimatchkan dengan kain...Namun..rezeki sentiasa ada kalau kita rajin berusaha..Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH!


Friday, June 29, 2012

Bracelet Pn. Mimi

Assalamualaikum
Sangat lama tidak update jahitan manik di sini..sangat sibuk hinggakan xde masa nk upload gambar..kalau sibuk duk depan laptop nnt tak menjahit lak...hihihi..

Tempahan kali ni adalah daripada Pn. Mimi yang selalunya tak kisah dengan apa jua corak..hihihi...after fikir2..sy decide nk buat bracelet jugak seperti jahitan sebelum ni untuk EO Rohana..



Selepas siap..sangat cantik walaupun simple...nampak mewah disebabkan oleh color gold...sy suka sgt bracelet ni...ermmm..belum ada rezeki nak buat utk baju sendiri lagi...hihihi...lebih kurang 2 hari utk sy siapkan baju ni...Alhamdulillah..dah tau teknik mmg sgt cpt je jadinya...

Harap-harap Pn. Mimi gembira dengan hasil kerja tangan kali ni..

Terima kasih

Friday, March 30, 2012

Bunga-bunga Ceria

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni adalah daripada Puan Mimi...baju yang ke brepa pun saya dah tak ingat..hihi..apa-apa pun sgt bersyukur dengan rezeki yang datang mencurah-curah tanpa henti ni..

 Puan Mimi mmg meletakkan seluruh kepercayaannya untuk sy mencantikkan baju-baju beliau..hihihi..nasib baik beliau tidak kisah dgn corak yang sy buat..

5hari sy nak siapkan baju ni..padahal..kalau sy pulun abis-abisan rasanya 2hari dah siap..hihihi..pemalas betul saya ni kan..
 

Alhamdulillah..sy sukakan bunga-bunga ni..nampak ceria dan menyegarkan..walaupun coraknya ringkas tapi ianya sgt menarik...warna pink purple dinaikkan agar tidak tenggelam dgn base kain yang berwarna grey purple...terima kasih kepada Puan Mimi..


Tuesday, March 20, 2012

Tempahan Cik Yati - Corak Ekor Merak

Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya drp Cik Yati daripada BTW via Dayah...hihihi...Cik Yati dah pegi DPA dan baju ni telah dihantar bulan 7 tahun lepas...begitu lama???sebab bulan depan baru Cik Yati akan kembali bekerja...so awal bulan Mac tu aku start jahit baju yang diilhamkan drp corak ekor merak ni...

 Corak di tangan..simple shj..

 Saje nk buat juntai-juntai supaya tak nampak mcm kosong sgt..

Rupa keseluruhan baju..di leher dan juga di tangan..mmg menarik jugak walaupun agak simple..corak camni sesuai utk mereka yg nak dalam bajet yang murah tp menarik...hihihi..seminggu sy perlukan utk siapkan corak ni...mood malas menguasai diri..

Terima kasih kepada Cik Yati sebab sudi tempah dengan sy.. harap berpuas hati..

Wednesday, March 7, 2012

Tempahan Zie, MITI

 Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya drp Zie drp MITI..sy xpernah kenal dgn customer sy ni..kami dikenalkan dgn seorang kakak yg pernah bekerja di kementerian sy..terima kasih buat buat Kak Oked..

 Zie mahukan corak jahitan yang simple dengan bunga kecik-kecik hanya di bahagian tangan shj.. baju ini akan dipakai ketika majlis kenduri keluarga beliau..

Pada mulanya saya keberatan utk ambik tempahan ni namum setelah dihitung jadual dan baju kwn sy tempahan sebelum ni dapat disiapkan awl drp jangkaan so boleh la sy ambik tempahan ni..sebenarnya sy susah nk menolak permintaan customer sy..kalau boleh sy xnak hampakan mereka..


Alhamdulillah..tempahan dapat disiapkan selama seminggu..lama jugak nk jahit walaupun hanya di tangan..ada hari2 antara itu yg sy cuti menjahit..hihihi...

By the way..terima kasih buat Zie yg sudi hantar baju ni..harap berpuas hati..


Thursday, February 16, 2012

Tempahan drp Kakak EO Rohana

Assalamualaikum...
Tempahan ni adalah drp Kakak EO Rohana TW..lama jugak baju ni dalam simpanan sy..niat dihati nak siapkan masa balik bercuti kat kampung..tp bila dah balik kg mmg xberpeluang nak menjahit baju customer..ada jer baju mak sy yang terpaksa disiapkan dahulu..kalau tak mak sy xbagi sy balik Putrajaya...hahahaha....

 Baju kurung daripada Jakel ni dah penuh dengan sulaman bunga...2 hari sy memikirkan corak yang sesuai kerana baju ni mmg dah nampak sarat dgn sulaman bunga..lastly sy ambik keputusan utk jahit beads ikut jer corak2 bunga sulam tersebut..cute jugak bila dah siap..hihi

Alhamdulillah..akhirnya siap dlm tempoh seminggu..EO pun amat berpuas hati dan sy harap kakak EO pun berpuas hati..


- REZEKI DATANG DARIPADA ALLAH, SYUKUR PADANYA -

Monday, February 13, 2012

Crumble Cunn..

Assalamualaikum...
Tempahan ini dtg drp tunang seorang officer di pejabat sy iaitu Cik Zatil Hafila..beliau inginkan crumble yang mana coraknya sama dengan tempahan sebelum ni..

Kainnya agak nipis..namun dapat diselesaikan dgn melapik kain gam..kalau tak benang pun xlekat kat kain ni..

Alhamdulillah..ramai yg 'like' corak ni..sy ambik masa kira-kira 2 minggu utk siapkan corak ni..lama jugak sbb sibuk dgn tugas luar pejabat..hopefully Cik Fila gembira dan berpuas hati dgn corak tempahan ni..terima kasih byk-byk..

Anyway..Selamat Pengantin Baru buat Fila dan En. Issyam yang akan berlangsung pada 18 Feb 2012 nnt..semoga berbahagia dan kekal hingga akhir hayat..!

Wednesday, December 28, 2011

Merah Ceria..

 Assalamualaikum...
Kembali aktif memanikkan diri..hihihi...bukannya tiada tempahan tapi sy yg busy memanjang..ditambah pulak dgn bisnes puding yang sedang diusahakan kecil-kecilan..

Baju ini ditempah oleh Pn. Mimi yang mana beliau tak kisah dgn corak dan bajet..so setelah fikir panjang, sy cuba untuk corak yang sy inspirasikan drp Sifu Syed Azmi yg sentiasa byk idea utk memanik...

Selama sebulan setengah untuk sy siapkan baju ni..hihihi..lama betul kan..byk masa dihabiskan utk kenduri adik sy baru-baru ni..
 Rantaian manik di sekeliling bunga di badan yang diminta oleh Pn. Mimi untuk menaikkan lagi seri baju..30gram manik putih telah digunakan..byk jugak ni..2 hari sy abiskan masa untuk menjahit part bunga ni..
 
 Pn. Mimi yang gemarkan ada juntaian di bajunya...xpernah buat lagi buah beri utk koleksi baju Pn. Mimi..so first time cuba..buah beri ni sgt cute kan..Alhamdulillah Pn. Mimi sgt suka..

 Crumble pearls di bahagian bawah lengan baju..begitu sarat dan menambah kilo di tangan...hihihi..bila pakai baju ni xleh naik penimbang berat tau...

Rupa keseluruhan baju..harap Pn. Mini berpuas hati...dan berbanyak terima kasih sbb sudi tempah dengan saya serta menjadi pelanggan tetap sy..moga ALLAH murahkan rezeki Pn. Mimi sekeluarga..Amin!!


Wednesday, December 21, 2011

Tempahan ke-2 McHah - Bunga Kerang

Assalamualaikum..
Tempahan dtg drp kawan sy, McHah..jenuh jugak berfikir utk siapkan tempahan ni sbb tuan baju mahukan corak yg simple dan murah..ermmm..akhirnya..



First time sy buat bunga dengan menggunakan corak kerang ni..cantik jugak bila terjadi bentuk bunga kan..2 hari sy nak siapkan di bahagian tangan ni..harap Mchah berpuas hati dengan jahitan kali ni..terima kasih byk2 sbb sudi tempah!

Bila duk umh sendiri (kuaters), mmg masa menjahit terpaksa dikurangkan..ada je keje yg nak dibuat..kalau duk umh sewa dulu, xperlu nk mop atau sapu umah beria sgt sbb umah fully berkarpet..skrg bila dah xde karpet..duk umh tinggi pulak..habuk mmg tahap melampau..menambahkan kerja-kerja yang nak dibuat..

Monday, December 5, 2011

Tempahan drp Ila...

Assalamualaikum..
Begitu lama rasanya baju adik Ila ni berada dalam simpanan sy..hihihihi..maaf Ila sebab lama menunggu..atas permintaan Ila..baju ni telah dijahit sama corak dgn baju sy


Corak yang simple shj..entri ni pun lama berada dlm draft...hihihi sibuk kebelakangan sampai xde masa nk post entri dan juga nak menjahit..alhamdulillah..tempahan sentiasa ada..hanya sy shj xde masa...harap2 customers sy boleh bersabar...rasanya lepas ni sy akan siapkan semua baju-baju yang ada sebelum mengambil tempahan baru..

Wednesday, October 12, 2011

Manik di Baju Mak Saya...

Assalamualaikum..
Bila balik kg jer mesti ada nada-nada bising mak sy yg menyuruh sy untuk menjahit baju dia..eiiii..kata mak sy "Asyik duk jahit baju org jer..jahit la baju mak sekali"...errmm..nada berkenaan buat sy serba salah sebabnya setiap kali balik kg sy mesti bwk balik baju customers yang patut sy jahit..bila dh menjahit baju mak sy..maknanya time line utk hantar baju customers sy akan lari skit..

Disebabkan xnak menghampakan permintaan mak sy..so 2 hari sebelum raya..sy pulun jahit baju mak sy ni..dalam sibuk2 tolong mak sy kat kedai..Alhamdulillah siap ler sehelai..boleh dibuat pakai utk raya..

Baju batik yg ditempah khas..huhu..

Demam yang melanda diri sy pada raya ke-2 menyebabkan sy xleh nk berjalan ke mana-mana..so nak hilangkan bosan sy menjahit ler pulak baju mak sy ni..siap dlm masa 2 hari..ringkas dan cantik jugak..sesuai la utk org tua..xleh nk bling-bling sgt..nnt abah sy marah!hihihi...


Then, baju ke-3 ni sy xsempat nk siapkan kat kg..akhirnya sy bwk balik ke Putrajaya..alahai..mmg bercinta nk jahit baju ni..sgt susah sebab kainnya yg sgt lembik dan lembut..

Mak sy sgt berpuas dengan kesemua baju yang telah sy jahit tu...katanya masih ada lagi baju yang nak dijahit..hahahaha..mak sy dah berjangkit penyakit 'manik'..huhuhu...




Bracelet Puan Mimi..

Assalamualaikum...
Lama betul tak update blog ni..rasa mcm dah bersawang..fuh..fuh..byk lak habuknya!Jahitan manik selepas raya..byk lagi yang nak dijahit tp sy terpaksa slow-kan diri disebabkan demam yang melanda selama seminggu..seterusnya dgn pindah ofis dan Karnival Usahawan Desa (KUD)..sy byk lak bertugas waktu malam..then now tgh berkemas nk pindah umah lak..

Namun, dlm kesibukan yang melanda..sempat lagi sy jahit baju customer tetap sy iaitu Pn. Mimi..Alhamdulillah..siap dlm jangkasama yg singkat iaitu 2hari shj..pulun abis-abisan jugak laa..kalau tak 2bulan pun tak siap-siap...hihihi...



First time sy jahit bracelet..tanpa belajar kat mana-mana dan hanya lihat pada gambar jer..akhirnya setelah mencuba..sy dah tau teknik utk menjahit bracelet ni..hihihi..boleh la kan..

Harap Pn.Mimi berpuas hati..terima kasih byk2 sebab hantar tempah dengan saya..!

Wednesday, September 14, 2011

Berries' Kak Zana..

Assalamualaikum...
Lama betul tidak update blog manik sy ni..bukan xde tempahan..tp sy terlalu sibuk..sibuk dengan demam di hari raya smpai seminggu dan sibuk dengan pindah ofis..

Sebelum balik raya..sy sempat jahitkan last tempahan raya untuk Kak Zana..ini pun atas permintaan Kak Zana yg mahukan buah berries..first time buat buah berries ni..alhamdulillah menjadi walaupun tanpa hadir mana-mana kelas jahitan manik..hihihihi..


 Masa yang diambil untuk siapkan tangan baju dengan buah berries ni ialah seminggu..hahaha..org lain ambik masa sehari jer kan..sy la sampai seminggu...huhuhu...mood raya dan balik kg dah melanda so mood utk menjahit tu mmg kena ber'cinta' sakan laa....


Alhamdulillah..semua baju customers telah deliver dgn baik dan sy sgt bersyukur sebab sy terima byk tempahan utk raya..maaf dipinta juga sebab ramai yg sy terpaksa tolak tempahan..takut xsempat nk pakai raya nnt sy lak yg susah hati...

Ramai customers yg bagi feedback tentang jahitan manik sy..semuanya memuji dan menjadi model pada hari raya..alhamdulillah gembira sy mendengarnya..!


- SYUKUR PADAMU YA ALLAH -

Tuesday, August 23, 2011

Crumble Pearls..

Assalamualaikum..
Tempahan raya kali ni datang drp senior sy masa sekolah menengah..Alhamdulillah hubungan kami terjalin kembali disebabkan adanya facebook dan juga jahitan manik..hihihi..walaupun beliau tinggal jauh di Subang Jaya, tapi Kak Irni sanggup melalui orang tengah iaitu asben beliau yang keje di Putrajaya..untuk merealisasikan impian baju raya ni..

 Kak Irni mahukan crumble pearls..


Seminggu masa yang diambil untuk disiapkan..kainnya agak nipis dan sy terpaksa alas dengan kain gam untuk menampung berat pearls tu..sangat mencabar dan menguji kesabaran jahit manik dengan kain yg nipis dan ber'lining ni..2-3x sy melukis garisan kerana asyik senget jer..kainnya lembut sgt, asyik berlari ke sana sini jer!hihihi...


Juntaian juga diminta oleh Kak Irni..2x buat tu sebab sy sendiri rasa tak puas hati..Alhamdullah..respon yg diberikan adalah Kak Irni sgt berpuas hati..harap beliau akan hantar lagi di masa akan datang..terima kasih byk-byk..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Wednesday, August 17, 2011

Black & White Pearls

Assalamualaikum...
Baju ni ditempah oleh kawan satu course masa di UiTM Dungun dulu iaitu Sallehah..selama ni sy selalu ambik Detox Foot Patch dengan beliau..tp pada raya yg akan dtg ni beliau sudi tempah jahit manik lak di baju rayanya..hihi..


Sallehah hanya mahukan yang ringkas dan menarik..so idea ni jela yang mampu sy buat..
Masa yang diambik adalah 4hari utk disiapkan..agak lama jugak..dlm tempoh masa menjahit baju ni sy ada dpt undangan majlis berbuka puasa..so lepas dah berbuka kat luar, sampai umah je mmg xde mood dah nak menjahit..


Kalau sy betul-betul tekun, rasanya 2 hari dah boleh siap jahitan manik ni..hihi..harap Sallehah berpuas hati..Insyaallah lepas raya nnt sy akan jahit baju ke-2 lak yer..Terima kasih bayk-byk sebab sudi hantar..

SELAMAT BERPUASA
SEMOGA RAMADHAN KALI NI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN!


Monday, August 8, 2011

Pearls Floral Nana

Assalamualaikum..
Return customer, Nana Arieyanna a.k.a my best fren yg duk kt Perak ni..drp awl tahun lagi dia dah 'chop' sy utk jahit manik di baju raya beliau..at last pada pertengahan bulan Julai sy dpt kurier drp Nana..padahal dah berbuih mulut sy bgtau suh hantar cpt..kan skrg ni terpaksa memaksa diri sy utk siapkan secepat mungkin..adeehhhh!penat...


Masa yang diambil utk siapkan baju ni adalah 6 hari..sebenarnya leh siap 4hari jer kalau sy betul- betul fokus tapi kalau di bulan puasa ni faham-faham jela..kul 10 mlm mata dah xleh nak celik dah..menjahit lak asyik salah teknik jer...


Di tangan


Atas persetujuan Nana..mmg hanya separuh je leher dijahit..corak jahitan ni adalah diminta seperti yang telah saya buat untuk Puan Aainaa sebelum ni...harap Puan Nana berpuas hati..lain kali leh tempah lagi yer..

SELAMAT BERPUASA!
SEMOGA RAMADHAN KALI NI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN



PESANAN PENAJA