MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012

Bunga Reben Oren

Assalamualaikum...
 Byk entri jahitan manik yang masih belum dipost di sini...tempahan raya kali ni mmg byk tapi saya je yang tak snaggup nak ambik...lagipun sebelum puasa sgt byk pegi outstation dan juga bulan puasa yang sibuk dengan RBC..

Tenpahan kali ni adalah datangnya daripada Puan Mimi..jahitan ni disiapkan sebelum raya lagi..tp sy yang xsempat nk post entri...



Jahitan hanya di tangan sahaja..gabungan bunga reben dan lace..satu benda baru yang tak pernah sy buat sebelum ni..bila dah siap cantik jugak...lama betul masa yg diambil nak siapkan jahitan ni...entah brepa kali pergi outstation...barulah siap baju ni...hahaha

Harap Puan Mimi berpuas hati..next time saya jahit patern lain lak..

Selamat Berpuasa..Terima kasih ALLAH

Wednesday, March 7, 2012

Tempahan Zie, MITI

 Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya drp Zie drp MITI..sy xpernah kenal dgn customer sy ni..kami dikenalkan dgn seorang kakak yg pernah bekerja di kementerian sy..terima kasih buat buat Kak Oked..

 Zie mahukan corak jahitan yang simple dengan bunga kecik-kecik hanya di bahagian tangan shj.. baju ini akan dipakai ketika majlis kenduri keluarga beliau..

Pada mulanya saya keberatan utk ambik tempahan ni namum setelah dihitung jadual dan baju kwn sy tempahan sebelum ni dapat disiapkan awl drp jangkaan so boleh la sy ambik tempahan ni..sebenarnya sy susah nk menolak permintaan customer sy..kalau boleh sy xnak hampakan mereka..


Alhamdulillah..tempahan dapat disiapkan selama seminggu..lama jugak nk jahit walaupun hanya di tangan..ada hari2 antara itu yg sy cuti menjahit..hihihi...

By the way..terima kasih buat Zie yg sudi hantar baju ni..harap berpuas hati..


Monday, February 27, 2012

Pink Purple MzNana...

Assalamualaikum
Tempahan kali ni dtgnya drp kawan sy di Perak iaitu Nana..Thanks Nana sebab sudi hantar baju utk dipakaikan sempena Majlis Persandingan Mida nnt one of my fren gak..


Nana mahukan jahitan di badan baju.. so sy ambik keputusan untuk buat bunga pink purple dan dedaun hijau..satu kombinasi yg amat menyerlah..

Di bahagian tangan

Di bahagian badan baju


Alhamdulillah baju dpt disiapkan dlm masa 6 hari..lama jugak tu..namun ianya masih awl sehari berbanding target hari/schedule yg sy buat iaitu 7 hari..hihihi

Terima kasih byk Nana sebab mempercayai sy utk mencantikkan baju ni..hihihi...baju raya nnt cepat-cepat skit hantar tau...hihihi

-TERIMA KASIH ALLAH-


Monday, December 5, 2011

Tempahan drp Ila...

Assalamualaikum..
Begitu lama rasanya baju adik Ila ni berada dalam simpanan sy..hihihihi..maaf Ila sebab lama menunggu..atas permintaan Ila..baju ni telah dijahit sama corak dgn baju sy


Corak yang simple shj..entri ni pun lama berada dlm draft...hihihi sibuk kebelakangan sampai xde masa nk post entri dan juga nak menjahit..alhamdulillah..tempahan sentiasa ada..hanya sy shj xde masa...harap2 customers sy boleh bersabar...rasanya lepas ni sy akan siapkan semua baju-baju yang ada sebelum mengambil tempahan baru..

Friday, May 20, 2011

Baju My Adik..

Assalamualaikum..
Baju adik saya ni dah berkurun dlm simpanan..jahit skit-skit jer....hihi drp bulan Feb hingga Mei baru siap..hahahaha..kesian adikku si Nona ni..sori la yer, kakakmu ni sibuk jahit tempahan orang lain..al-maklum ler kalau tiada upah kena la jahit kemudian kan..hihihi...

Inilah first sy belajar jahit bunga rose besar...alhamdulillah menjadi dengan jayanya..



Color coklat ni mcm color hitam lak dlm gambar..



Di tangan shj..xsempat nk jahit di bahagian baju..byk betul pakai labuci ni..


Thursday, May 19, 2011

Batu Besar di Baju!

Assalamualaikum...
Sesetengah orang takut untuk mengayakan batu-batu yang besar  di baju..bagi saya itu tidak menjadi masalah sebab trend skrg mmg camtu..dah mcm2 fesyen batu/beads yang dibuat mengikut perkembangan semasa..kalau kita nk ikut dunia fesyen so kita kena la berani kan....

Contohnya camni..


Batunya sebesar alam..tp ianya sgt cantik kan..

Nak tengok lebih banyak batu-batu besar dijahit pada baju boleh jenguk kat blog Seleksi Qrizz..


Wednesday, May 18, 2011

Baju Tunang Ayu..

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni datang daripada adik kawan baik sy, Nana iaitu Ayu...Baju ni adalah untuk Majlis Pertunangan Ayu yang akan diadakan pada awal bulan Jun nnt..

Sebenarnya corak manik di tangan telah dijahit oleh tukang jahit baju Ayu tanpa dipinta oleh Ayu sendiri..ianya sgt simple dan tidak bling-bling utk Majlis Pertunangan..so Nana telah mohon dengan saya untuk men'grand'kan baju ni di bahagian depan baju..




Di bahagian tangan yang telah dijahit oleh tukang jahit baju..

Susah betul sy nak mencari labuci/manik/pearl yg sepadan dengan corak di bahagian tangan..ada warna yg xde dan sy terpaksa padankan jugak warna..nk cari exactly mmg susah..warna yang dah seakan-akan rasanya tidak menjadi masalah yg besar..

Lastly ini ialah hasilnya....dan masa untuk siapkan adalah lebih kurang seminggu..Alhamdulillah dapat disiapkan 2minggu awl sebelum tarikh yang diminta..




Rupa keseluruhannya baju..

Harap Ayu berpuas hati dengan corak dan jahitan ni..dan tidak dilupakan Selamat Bertunang..semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin..Amin!

Monday, March 7, 2011

Simple tp menarik!

Assalamualaikum...
Lama betul tak update blog manik ni..bukannya xde tempahan tp aku je yg malas..huhu..sila abaikan perkataan tersebut k..setiap org pun ada perangai tu kan..
Then this time aku nk tunjukkan kt semua baju aku sendiri yang dijahit manik..Al-maklum ler baju sendiri, so jahitan pun agak simple..tp menarik jugak laaa..
Its took only 1day untuk disiapkan sbb hanya di tangan shj..

Jom lihat gambornya...


Adik aku kata ini corak 'tulang anjing'..langsung xsedap namanya tp menarik gak bila siap..hihi




Thursday, December 16, 2010

Baju saya...

Assalamualaikum..
Selain menjahit baju-baju customer..hihi..saya ada la jugak menjahit untuk diri sendiri..
Baju saya yg merah ni ..dah berzaman jahit di tangan shj..sbbnya xde ms nk jahit di leher..
Asyik duk jahit baju org..baju sendiri terbengkalai yer..

Tempahan Pn. Mini sebelum ni adalah diadaptasikan mcm novel lak drp baju saya yg ni ler..Pn. Mimi berkenan tgk jahitan di tangan saya..pd ms tu sy xjahit lagi di leher..so saya ambik keputusan membuat corak yg sama di baju Pn. Mimi..



Saya hanya buat separuh di leher kerana saya bertudung..lagipun sy xnak membazir..padahal malas..hihi..




ini lak baju mak saya...dia pun nakkan corak yg sama..



Ini adalah latest saya jahit kt lengan shj..di leher belum lagi..tggu bila ada masa dan kerajinan..sbb labuci dan batu dah abis..xsempat lagi nk ke kedai beli..insyaallah nnt kalau dah siap akan saya post entri di sini yer..

Selamat mencuci mata!

PESANAN PENAJA