MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Showing posts with label Pearl. Show all posts
Showing posts with label Pearl. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

Baju Tunang

Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya daripada kawan saya Arlina Rosli utk baju tunang sepupu beliau..beliau hanya nak jahitan pearls yang simple sahaja di bahu dan juga tangan..



Jahitan ni sangat ringkas tapi sangat cute..dalam masa 2 jam je saya siapkan jahitan ni...Alhamdulillah...lagipun due date hanya sehari je...huhuhu....hari ni dapat..esok hantar...seperti biasa la kawan saya tu...suka buat keje-keje camni...nasib baik saya xde baju yang urgent utk dijahit..hahaha..

Terima kasih Ina..

Thursday, February 16, 2012

Crumble Pearls Diniey

Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya daripada pegawai di Bahagian PSA iaitu Pn. Diniey..sy suka bila tgk baju ni sbb ianya colorful..hihihi..lagipun beliau mahukan corak crumble pearls..so tidak susah utk matchkan pearls dengan pelbagai color yg menarik..


 Lihat la hasilnya..sgt cute dan gojes kan..hihihi..seminggu je masa yg diambil utk siapkan di lengan baju ni...sy suka jahit baju ni soft kainnya jenis soft cotton dan xbyk kerenah...

Terima kasih kpd Pn. Diniey yg sudi tempah..lain kali leh tempah lagi..terima kasih byk2..

- SYUKUR PADA ALLAH -


Wednesday, December 28, 2011

Merah Ceria..

 Assalamualaikum...
Kembali aktif memanikkan diri..hihihi...bukannya tiada tempahan tapi sy yg busy memanjang..ditambah pulak dgn bisnes puding yang sedang diusahakan kecil-kecilan..

Baju ini ditempah oleh Pn. Mimi yang mana beliau tak kisah dgn corak dan bajet..so setelah fikir panjang, sy cuba untuk corak yang sy inspirasikan drp Sifu Syed Azmi yg sentiasa byk idea utk memanik...

Selama sebulan setengah untuk sy siapkan baju ni..hihihi..lama betul kan..byk masa dihabiskan utk kenduri adik sy baru-baru ni..
 Rantaian manik di sekeliling bunga di badan yang diminta oleh Pn. Mimi untuk menaikkan lagi seri baju..30gram manik putih telah digunakan..byk jugak ni..2 hari sy abiskan masa untuk menjahit part bunga ni..
 
 Pn. Mimi yang gemarkan ada juntaian di bajunya...xpernah buat lagi buah beri utk koleksi baju Pn. Mimi..so first time cuba..buah beri ni sgt cute kan..Alhamdulillah Pn. Mimi sgt suka..

 Crumble pearls di bahagian bawah lengan baju..begitu sarat dan menambah kilo di tangan...hihihi..bila pakai baju ni xleh naik penimbang berat tau...

Rupa keseluruhan baju..harap Pn. Mini berpuas hati...dan berbanyak terima kasih sbb sudi tempah dengan saya serta menjadi pelanggan tetap sy..moga ALLAH murahkan rezeki Pn. Mimi sekeluarga..Amin!!


Thursday, October 20, 2011

Baju Raya Saya...huhuhu

Assalamualaikum..
Nak tgk manik baju raya sy yg telah siap dijahit dlm keadaan last minutes?hihihi..sehari je dh siap..cpt dan pantas supaya baju raya sy tak kosong dan xde seri...



Simple dan ala-ala bracelet kan..design sendiri dan main bantai jer..cantik di mata sy..xkisah la di mata org lain sebb ini baju sy sendiri..hahahaha...

Tuesday, July 26, 2011

Ceri-ceri Pearls..

Assalamualaikum..
Tempahan memanik kali ni dibuat oleh Puan Intan Yusmahani yang mana beliau hanya mahu baju raya-nya dimanikkan di tangan shj..
Puan Intan Yus juga tidak mahu sebarang labuci diletakkan..so baju ni sy decide nk buat pearls dan manik shj..ada sikit letak batu-batu sebagai penyeri..


Masa yang diambil untuk siapkan baju ini adalah selama 5 hari..agak lama sikit sebab kristal pearls hijau tu tak cukup dan memaksa sy ke kedai lagi sekali semlm..hari ahad lak kedai jahitan tu tutup..kalau tak hari isnin dah boleh deliver kat Puan Intan Yus


Corak keseluruhan tangan baju..harap Puan Intan Yus berpuas hati..corak ni saya tak pernah buat kat baju saper2 lagi ni..hihihi..terima kasih kerana sudi tempah dengan saya..moga lebih ceria dgn manik di tangan di hari raya nnt...



Tuesday, June 14, 2011

Crumble Pearl Puan Mimi..

Assalamualaikum..
Lama berfikir nk taip apa kt entri ni..
Ok..tempahan kali ni dtg drp regular customer sy, Puan Mimi..memula dia hantar satu beg baju yg mengandungi 10 helai baju yang nak dijahit manik..adehhh!terkedu seketika..namun sy terima dengan hati yang terbuka..nasib baik bukan untuk dipakai di hari raya..Alhamdulillah..rezeki jgn ditolak..beberapa hari kemudian..menyusul lak baju raya ni..

Atas permintaan Puan Mimi yang mahukan crumble pearl..modal agak besar sikit sebab sy guna kristal pearl yang shining dan cantik..pearl biasa mmg murah tapi tidak berkualiti dan tidak shining..Masa yang diambil utk jahit adalah selama seminggu..


Di bahagian tangan


Di bahagian leher


Di keseluruhan leher


Juntaian yang diminta..


Rupa keseluruhan baju, di leher dan juga di tangan..

Crumble Pearl yg simple tp alhamdulillah Puan Mimi suka dan berpuas hati..ucapan ribuan terima kasih buat Puan Mimi kerana sudi hantar baju kat sy untuk dicantikkan..hihi

Nota kaki: bila nk jahit crumble kt baju sendiri ni??


Monday, April 25, 2011

Crumble Pearl..

Assalamualaikum..
Akhirnya siap juga crumble pearl saya ni..
First time jahit crumble pearl..tp alhamdulillah menjadi tanpa hadir mana-mana kelas jahitan manik pun..huhuhu..daya kesabaran yang tinggi betul-betul menduga saya sebab a few times jugak la sy cuba jahit..kainnya sangat lembut..tapi akhirnya menjadi..hihi..

Terima kasih kepada Ms. X..yg mana baju ni merupakan baju ke-4 beliau hantar untuk tempahan jahit manik dengan saya..Lama betul nk siapkan baju ni sbb nak siapkan baju ke-3 Ms. X dahulu..ada di entri sebelum ni....sebulan setengah dalam simpanan saya..sorry yer Ms. X..hihi..





Baju raya Ms. X ni..hihi..sgt awal beliau hantar kt saya..maybe takut sy tak terima tempahan nnt kot..hihi..dah ramai yang duk chop-chop sy untuk jahit manik untuk baju raya ni..skrg sy tengah menjahit baju adik saya dan mulai minggu depan kembali menjahit skirt Ms. X pulak..

Alhamdulillah rezeki sentiasa ada..syukur padaNYA!


Wednesday, December 22, 2010

Jahitan Pearl

Assalamualaikum..
Latest corak manik yg saya lihat agak menarik di jahit oleh kakak saya..
Ianya dinamakan corak ekor merak
Mmg sangat cantik dan ringkas tapi kosnya agak mahal
Jom lihat gambar

Combination pearl dan manik

Di tangan

Di Leher

PESANAN PENAJA