MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Showing posts with label Pn. Intan. Show all posts
Showing posts with label Pn. Intan. Show all posts

Monday, August 8, 2011

Bunga-bunga Merah Puan Intan..

Assalamualaikum..
Tempahan untuk baju ke-2 Puan Intan..untuk dipakai pada hari raya jugak..hihi..meriahnya raya..!jeles lak sy dibuatnya sbb baju sy masih kosong dan suram tanpa manik!hahaha...


Sentuhan baju ke -2 ni juga hanya di pergelangan tangan shj..Masa yg diambil nak siapkan baju ni agak lama sikit iaitu seminggu..sy pun xtau ianya begitu lama...hahaha..sebenarnya hujung minggu sy kena ke ofis buat OT so siangnya tak sempat nk memanik baju ni..

Penat jugak sy fikirkan corak yg sesuai dengan corak baju ni..corak kainnya mmg crowded dan padat so kalau diletak manik shj mmg langsung tak dpt menaikkan seri baju ni..so penyudahnya mmg sy terpaksa letak 50 biji batu dengan 5 biji untuk satu kuntum bunga..byk gak batu tu utk kedua-dua belah tangan..confirm berat..hihihi..

Sebenarnya agak rumit nak menjahit manik di kain ni..agak lembut dan kain mudah pecah bila benang di tarik..so sy terpaksa letakkan kertas gam utk menahan manik dan batu-batu tersebut..

Nasihat sy kepada semua kawan-kawan, kalau nk baju dijahit manik pilih kain yg tak crowded agar seri manik tu naik dan agar tukang jahit manik ni tak pening kepala fikirkan corak yang sesuai..hihihihi...

SELAMAT BERPUASA!!
MOGA RAMADHAN KALI NI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN..


Tuesday, July 26, 2011

Ceri-ceri Pearls..

Assalamualaikum..
Tempahan memanik kali ni dibuat oleh Puan Intan Yusmahani yang mana beliau hanya mahu baju raya-nya dimanikkan di tangan shj..
Puan Intan Yus juga tidak mahu sebarang labuci diletakkan..so baju ni sy decide nk buat pearls dan manik shj..ada sikit letak batu-batu sebagai penyeri..


Masa yang diambil untuk siapkan baju ini adalah selama 5 hari..agak lama sikit sebab kristal pearls hijau tu tak cukup dan memaksa sy ke kedai lagi sekali semlm..hari ahad lak kedai jahitan tu tutup..kalau tak hari isnin dah boleh deliver kat Puan Intan Yus


Corak keseluruhan tangan baju..harap Puan Intan Yus berpuas hati..corak ni saya tak pernah buat kat baju saper2 lagi ni..hihihi..terima kasih kerana sudi tempah dengan saya..moga lebih ceria dgn manik di tangan di hari raya nnt...



PESANAN PENAJA