MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Showing posts with label Crumble. Show all posts
Showing posts with label Crumble. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Crumble Lace Pn. Fila

Assalamualaikum..
Baju yg telah lama dihantar kepada saya...hihihi...Tempahan ini datangnya daripada Puan Zatil Hafila..isteri kepada pegawai di pejabat saya...


Gabungan pink+gold..so nice and sweet!

Puan Fila mahukan crumble di bahagian leher..


Dan patch lace di bahagian tangan...

Alhamdulillah dapat disiapkan dalam masa seminggu...mmg pulun abis-abisan sbb nak kejar masa..hihihi..nnt xbalik beraya lak yer...baju raya sendiri mmg dah confirm xde sebiji manik pun...hihihi...

Kain siffon ni amat sensitif..kalau tersalah pegang..leh tertarik benang kain...ermm...mmg sy terpaksa berhati-hati ketika menjahit di bahagian tangan...

Harap Puan Fila berpuas hati..next time leh antar lagi...hihihi..terima kasih byk-byk sebab sudi tempah!


Simple Crumble Hani

Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya drp Hani..kwn masa duk belajar di UiTM Dungun dulu..Hani mahukan simple crumble pearls dibahagian tangan sahaja..



Alhamdulillah dapat disiapkan dalam beberapa hari..part paling slow skit..dan kurang digemari ialah menjahit manik tabur...hahaha...kalau xde percikan manik tabur..xlawa lak crumble ni..ermm...harap Hani berpuas hati..terima kasih byk2 sebab sudi tempah..

Tuesday, March 20, 2012

Gold Coklat Pn. Mimi - Simple Crumble Pearls

Assalamualaikum..
Tempahan seterusnya daripada Pn. Mimi..untuk pengetahuan semua..ada 7 helai lagi baju Pn. Mimi yang harus sy manikkan...mmg byk dan tak menang tangan untuk menerima tempahan..nasib baik Pn. Mimi memahami keadaan sy..hihihi

Corak yang dibuat adalah berdasarkan crumble pearls yg simple dan ringan..

Pearls yang digunakan pulak adalah drp jenis crystal...sy mmg sukakan yg jenis crystal ni...cantik sgt2..


Hanya 2 hari utk siapkan baju ni..padahal kalau org lain jahit rasanya setengah hari dah siap...sy selalu buat keje lambat2 kan..by the way..thanks to Puan Mimi sebab menaruh kepercayaan kepada sy utk memeriahkan baju ni..hihihi..

Kalau projek dgn kawan sy menjadi..nampaknya tahun ni perlu tutup kedai daripada terima tempahan memanik utk raya..korang setuju tak??hihihihi....projek tu blum confirm lagi yer...kita tggu dan lihat nnt..

Thursday, February 16, 2012

Crumble Pearls Diniey

Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya daripada pegawai di Bahagian PSA iaitu Pn. Diniey..sy suka bila tgk baju ni sbb ianya colorful..hihihi..lagipun beliau mahukan corak crumble pearls..so tidak susah utk matchkan pearls dengan pelbagai color yg menarik..


 Lihat la hasilnya..sgt cute dan gojes kan..hihihi..seminggu je masa yg diambil utk siapkan di lengan baju ni...sy suka jahit baju ni soft kainnya jenis soft cotton dan xbyk kerenah...

Terima kasih kpd Pn. Diniey yg sudi tempah..lain kali leh tempah lagi..terima kasih byk2..

- SYUKUR PADA ALLAH -


Monday, February 13, 2012

Crumble Cunn..

Assalamualaikum...
Tempahan ini dtg drp tunang seorang officer di pejabat sy iaitu Cik Zatil Hafila..beliau inginkan crumble yang mana coraknya sama dengan tempahan sebelum ni..

Kainnya agak nipis..namun dapat diselesaikan dgn melapik kain gam..kalau tak benang pun xlekat kat kain ni..

Alhamdulillah..ramai yg 'like' corak ni..sy ambik masa kira-kira 2 minggu utk siapkan corak ni..lama jugak sbb sibuk dgn tugas luar pejabat..hopefully Cik Fila gembira dan berpuas hati dgn corak tempahan ni..terima kasih byk-byk..

Anyway..Selamat Pengantin Baru buat Fila dan En. Issyam yang akan berlangsung pada 18 Feb 2012 nnt..semoga berbahagia dan kekal hingga akhir hayat..!

Wednesday, December 28, 2011

Merah Ceria..

 Assalamualaikum...
Kembali aktif memanikkan diri..hihihi...bukannya tiada tempahan tapi sy yg busy memanjang..ditambah pulak dgn bisnes puding yang sedang diusahakan kecil-kecilan..

Baju ini ditempah oleh Pn. Mimi yang mana beliau tak kisah dgn corak dan bajet..so setelah fikir panjang, sy cuba untuk corak yang sy inspirasikan drp Sifu Syed Azmi yg sentiasa byk idea utk memanik...

Selama sebulan setengah untuk sy siapkan baju ni..hihihi..lama betul kan..byk masa dihabiskan utk kenduri adik sy baru-baru ni..
 Rantaian manik di sekeliling bunga di badan yang diminta oleh Pn. Mimi untuk menaikkan lagi seri baju..30gram manik putih telah digunakan..byk jugak ni..2 hari sy abiskan masa untuk menjahit part bunga ni..
 
 Pn. Mimi yang gemarkan ada juntaian di bajunya...xpernah buat lagi buah beri utk koleksi baju Pn. Mimi..so first time cuba..buah beri ni sgt cute kan..Alhamdulillah Pn. Mimi sgt suka..

 Crumble pearls di bahagian bawah lengan baju..begitu sarat dan menambah kilo di tangan...hihihi..bila pakai baju ni xleh naik penimbang berat tau...

Rupa keseluruhan baju..harap Pn. Mini berpuas hati...dan berbanyak terima kasih sbb sudi tempah dengan saya serta menjadi pelanggan tetap sy..moga ALLAH murahkan rezeki Pn. Mimi sekeluarga..Amin!!


Tuesday, August 23, 2011

Crumble Pearls..

Assalamualaikum..
Tempahan raya kali ni datang drp senior sy masa sekolah menengah..Alhamdulillah hubungan kami terjalin kembali disebabkan adanya facebook dan juga jahitan manik..hihihi..walaupun beliau tinggal jauh di Subang Jaya, tapi Kak Irni sanggup melalui orang tengah iaitu asben beliau yang keje di Putrajaya..untuk merealisasikan impian baju raya ni..

 Kak Irni mahukan crumble pearls..


Seminggu masa yang diambil untuk disiapkan..kainnya agak nipis dan sy terpaksa alas dengan kain gam untuk menampung berat pearls tu..sangat mencabar dan menguji kesabaran jahit manik dengan kain yg nipis dan ber'lining ni..2-3x sy melukis garisan kerana asyik senget jer..kainnya lembut sgt, asyik berlari ke sana sini jer!hihihi...


Juntaian juga diminta oleh Kak Irni..2x buat tu sebab sy sendiri rasa tak puas hati..Alhamdullah..respon yg diberikan adalah Kak Irni sgt berpuas hati..harap beliau akan hantar lagi di masa akan datang..terima kasih byk-byk..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Friday, July 1, 2011

Simple Crumble Pearl..

Assalamualaikum..
Simple Crumble Pearl kali ni ditempah oleh Puan Rohana, EO kat department TW..Terima kasih diucapkan..walaupun bukan kenal secara rapat namun jahitan manik menambahkan lagi keramahan yg mmg telah terjalin..hihi..delivered kat Puan EO pada hari isnin lepas..



Atas permintaan Puan EO sendiri yang mahukan pearls dihias atas bajunya namun beliau xnak pearls yang besar-besar..hihi..xper..itu bisa di atur..seminggu masa yang diambil utk saya siapkan jahitan simple crumble ni..Alhamdulillah..penat dan lelah akhirnya siap!



Saya menggunakan kristal pearls yang mana agak mahal di pasaran..kerana sy mahukan hasil yang berkualiti..kalau beli pearls yg murah..ianya cepat pudar dan tidak bersinar..mahal sikit xper asalkan tahan lama kan..



Harap Puan EO berpuas hati dengan simple crumble ini..dah xpayah pakai gelang emas lagi la bila pakai baju ni..hihihi...

Monday, April 25, 2011

Crumble Pearl..

Assalamualaikum..
Akhirnya siap juga crumble pearl saya ni..
First time jahit crumble pearl..tp alhamdulillah menjadi tanpa hadir mana-mana kelas jahitan manik pun..huhuhu..daya kesabaran yang tinggi betul-betul menduga saya sebab a few times jugak la sy cuba jahit..kainnya sangat lembut..tapi akhirnya menjadi..hihi..

Terima kasih kepada Ms. X..yg mana baju ni merupakan baju ke-4 beliau hantar untuk tempahan jahit manik dengan saya..Lama betul nk siapkan baju ni sbb nak siapkan baju ke-3 Ms. X dahulu..ada di entri sebelum ni....sebulan setengah dalam simpanan saya..sorry yer Ms. X..hihi..





Baju raya Ms. X ni..hihi..sgt awal beliau hantar kt saya..maybe takut sy tak terima tempahan nnt kot..hihi..dah ramai yang duk chop-chop sy untuk jahit manik untuk baju raya ni..skrg sy tengah menjahit baju adik saya dan mulai minggu depan kembali menjahit skirt Ms. X pulak..

Alhamdulillah rezeki sentiasa ada..syukur padaNYA!


Monday, April 11, 2011

Floral+Crumble Pn. Mimi..

Assalamualaikum...
Sangat lama tak update blog jahitan manik ni..bukannya tiada tempahan yang diterima tetapi saya yang tak menang tangan untuk menjahit..

Tempahan kali ni datang daripada Puan Mimi, my return customer..corak yang diminta adalah shimmering floral tapi saya telah gabungkan floral+crumble..main bantai je bak kata orang...hahaha..lastly hasilnya sgt memuaskan hati..

Tempoh masa untuk menjahit kali ni ialah sebulan..giler lama kan..kenapa lama sgt??sebabnya..sy terpaksa ke kedai 2x mencari bahan yang tak cukup..bila tak cukup mmg mood menjahit hilang sekejap..hihi....pastu kena lak 2kali outstation..bila dah gi outstation mmg xdela nk menjahit lagi..

Tak payah nk bebel byk..so kita lihat gambarnya lak..




Di tangan baju
Juntaian berbentuk  'V' yang diminta 
Hasilnya..

PESANAN PENAJA