MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Tuesday, October 23, 2012

Bunga Merah Puan Mimi...

Assalamualaikum...

Tempahan beading kali ni daripada Puan Mimi..customer tetap saya...sampai dah tak ingat dah bilangan baju yang ke brepa ni...hihihi...beliau mahukan simple beads hanya di bahagian tangan sahaja..



Akhirnya..inilah hasilnya...saya gunakan labuci berbentuk 4-segi untuk dijadikan kuntuman bunga...bila dah siap...cantik jugak...

Harap Puan Mimi berpuas hati...terima kasih di atas tempahan..

Wednesday, October 3, 2012

Dedaun Pinky Hani

Assalamualaikum...

Corak dedaun ni adalah di-request sendiri oleh Hani untuk tempahan baju beliau yang ke-3..sy cuba unutk menjahitnya...Alhamdulillah..first time buat...akhirnya menjadi jugak..cantik lak bila dah siap..ringkas dan comey jer..

Saya ambik masa lebih kurang 2 hari sahaja untuk siapkan baju ni...dah telah delivered pada 16 September 2012 yang lepas..


Gabungan pink+gold...mmg sgt nice combination color ni..harap Hani berpuas hati...terima kasih di atas tempahan..


Tuesday, September 18, 2012

Bracelet Kak Zana

Assalamualaikum..

Tempahan kali ni adalah daripada Kak Zana..ofismate saya...baju ni adalah baju raya beliau...hihihi...sebelum raya xsempat nak jahit..so lepas raya jela Kak Zana hantar utk dimanikkan..

Kak Zana yang dah lama berkenan dengan bracelet ni...hihihi...akhirnya tertunai jugak...bracelet yang ringkas dan sgt menyerlah ni senang untuk dijahit...

Hanya di bahagian tangan...gabungan biru dan silver...terima kasih sebab sudi tempah..harap berpuas hati..hanya 1 hari sy siapkan tempahan ni...ada sesiapa lagi nak jahit bracelet ni??hihihi...


Bracelet Hijau...

Assalamualaikum..
Tempahan ni datangnya daripada kawan rumah Zai..last minit baju untuk kenduri..disebabkan material nak menjahit xbyk..so sy decide nk jahit bracelet jer...



Tempoh masa hanya 1 malam shj..so bracelet ini adalah yang paling ringkas, cepat dan menarik...Alhamdulillah dapat disiapkan hingga tertido dengan jarum di tangan...hihihi...harap kawan serumah Zai berpuas hati dengan jahitan ni..terima kasih byk-byk sebab sudi tempah...


Monday, September 10, 2012

Patch Lace Raya Pn. Nor Aishah

Assalamualaikum...

Baju jubah biru ni sama tema dengan raya keluarga saya tahun ni....ehhh..bukan...hihihi...baju ni kepunyaan officer sy..Puan Nor Aishah yang tengah sarat mengandung...beliau xnak lepaskan peluang untuk bling-bling di hari raya walaupun due date bersalin sehari sebelum raya....hihihi

Puan Nor Aishah minta untuk di patch lace di bahagian tangan sahaja...



Alhamdulillah...patch lace ni siap dalam beberapa hari sahaja...nak kejar lace seterusnya lak...hihihi...Dan Puan Nor Aishah telah bersalin pada raya ke-5...so sempatlah beliau nak beraya sakan dengan baju biru bling-bling...hihihi....

Harap Puan Nor Aishah berpuas hati...terima kasih di atas tempahan!

Highlite Crepe Hani

Assalamualaikum...

Baju batik crepe kepunyaan Hani ni..hanya diminta untuk highlite sahaja...

Hani mahukan highlite yang simple dan skit-skit sahaja di bahagian tangan dan juga badan 


Sebenarnya..nk buat highlite ni lebih susah berbanding nk menjahit manik..susah nk ikut corak baju dan nk match colornya..nnt xkena..xnaik lak highlite tu kan...sy ambik masa beberapa hari gak la nk siapkan highlite ni...

Harap Hani berpuas hati..terima kasih di atas tempahan...Baju pink bercorak daun in progress..Insyaallah by this week leh delivery...

Wednesday, September 5, 2012

Crumble Lace Pn. Fila

Assalamualaikum..
Baju yg telah lama dihantar kepada saya...hihihi...Tempahan ini datangnya daripada Puan Zatil Hafila..isteri kepada pegawai di pejabat saya...


Gabungan pink+gold..so nice and sweet!

Puan Fila mahukan crumble di bahagian leher..


Dan patch lace di bahagian tangan...

Alhamdulillah dapat disiapkan dalam masa seminggu...mmg pulun abis-abisan sbb nak kejar masa..hihihi..nnt xbalik beraya lak yer...baju raya sendiri mmg dah confirm xde sebiji manik pun...hihihi...

Kain siffon ni amat sensitif..kalau tersalah pegang..leh tertarik benang kain...ermm...mmg sy terpaksa berhati-hati ketika menjahit di bahagian tangan...

Harap Puan Fila berpuas hati..next time leh antar lagi...hihihi..terima kasih byk-byk sebab sudi tempah!


Simple Crumble Hani

Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya drp Hani..kwn masa duk belajar di UiTM Dungun dulu..Hani mahukan simple crumble pearls dibahagian tangan sahaja..



Alhamdulillah dapat disiapkan dalam beberapa hari..part paling slow skit..dan kurang digemari ialah menjahit manik tabur...hahaha...kalau xde percikan manik tabur..xlawa lak crumble ni..ermm...harap Hani berpuas hati..terima kasih byk2 sebab sudi tempah..

Thursday, August 16, 2012

Baju Mak Saya...

Assalamualaikum..
Semasa balik kampung pada permulaaan puasa 21-22 Julai 2012...2 hari je pun tapi seperti biasa la..bukan leh bercuti sgt..mak sy akan memaksa sy utk jahit baju dia...ermmm...kalau tak dilayan kan ada jela bunyinya...so layankan jela...




Hasil jahitan yang simple...xde bahan sbb mmg sy xbawak balik alatan menjahit..so letak jela apa-apa yang ada...akhirnya siap jahitan ni...hihihi...

Tuesday, August 7, 2012

Patch Lace Raya EO Rohana

Assalamualaikum...
Baju raya ke-2 EO Rohana yang saya jahit dan delivered pada awal bulan lepas..Lama jugak sy fikir jahitan yang sesuai utk baju Eo ni...last-last sy decide nak jahit patch lace sahaja..



Jahitan hanya di tangan sahaja...seminggu jugak tempoh saya nak siapkan baju ni..colornya hanya hitam dan putih sahaja..gabungan warna yang mmg menjadi kesukaan saya...tp untuk jahitan manik..tiada pilihan color lain yang boleh dipilih...Alhamdulillah EO suka dengan patern ni..

Selamat berpuasa..terima kasih ALLAH dengan rezeki ini..

PESANAN PENAJA