Assalamualaikum...Semua customer saya tertanya-tanya camner nk tentukan harga upah jahit manik..secara jujur sy mmg xboleh tentukan dgn satu harga tetap sbb setiap jahitan/warna dan penggunaan manik/labuci adalah berlainan mengikut corak dan color baju..modal nk menjahit bkn sedikit dan sgt susah nk menjahit bg org yg tiada kesabaran..ms yg diperuntukan pun sgt lama..bkn senang nk kutip sebijik-sebijik manik yg kecik tu...kadang2 rs muak pun ada tp nk buat camner..tugasan harus dihabiskan juga..nasib baik minat yg mendalam terhadap jahitan manik..kalau xde minat..rasa mcm campak ke laut pun ada...hahahaha...
Ada yg komplen sy ambik terlalu murah sbbnya sometimes sy tak ambik pun upah ms sy..kadang-kadang terpaksa ke kedai 2-3x sbb manik xcukup..modal utk ke kedai pun sy tak kira tau..cara yang septutnya untuk menentukan harga upah adalah seperti berikut: (kredit kepada Zai Butterfly beads yg berkongsi ilmu ni)
Langkah pertama:-
Tentukan gaji sejam berapa RM untuk diri anda. Contoh RM10 untuk satu jam. Darabkan gaji anda (RM10) dengan jumlah jam anda ambil untuk siapkan satu baju. Contoh 10 jam. Jadi, upah jahit manik:-
RM10 x 10 Jam = RM100
Kalau rasa nak cepat kaya, letak la RM100 untuk saju jam, tapi kalau satu baju anda buat dalam 10 jam, upah jahit manik satu baju dah cecah RM1000, nanti orang dah tak nak hantar baju pulak :) So patut-patut la letakkan gaji untuk diri sendiri walaupun memang anda bos nya ;)
Langkah kedua:-
Tambahkan upah jahit manik tadi dengan modal. Contoh, modal untuk satu baju RM50, so:-
RM100(upah) + RM50(modal) = RM150
Modal termasuk manik, labuci, benang, jarum, minyak anda ke kedai manik (postage charges kalau beli manik online), dan lain2 yang anda gunakan untuk menyiapkan baju tersebut.
Langkah ketiga:-
Tambahkan jumlah dari langkah kedua tadi dengan 'additional charges'.
Contoh, kain yang sangat susah untuk dijahit, customer nak baju siap cepat, design yang digunakan adalah design anda sendiri, design baru (eksklusif untuk baju tersebut), 'consultation', atau apa-apa 'charges' yang anda rasa perlu untuk ditambah. Contoh additional charges RM20, so:-
RM150(upah+modal) + RM20(additional charges) = RM170
Langkah keempat:-
Mungkin orang yang menghantar baju pada anda adalah adik-beradik, saudara-mara, jiran, regular customer, kawan satu office atau kawan baik anda, jadi mungkin anda perlu bagi diskaun pada mereka. Contoh diskaun 20%.
RM170 - 20% = RM136 (bulatkan jadi RM140)
Anda tidak perlu beri diskaun jika anda tidak mahu, terpulang pada keikhlasan anda :)
Itu saja langkah-langkah untuk anda menentukan harga upah jahit manik. Kalau anda rasa teknik ni berguna mungkin anda boleh 'apply' lepas ni. Sekurang-kurangnya, bila customer tanya macam mana anda kira harga upah, anda ada 'point' anda, dan customer akan rasa berbaloi hantar baju pada anda.
No comments:
Post a Comment