MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Wednesday, August 31, 2011

STICKY POST

Pengumuman buat semua pelanggan yg sudi tempah jahitan manik dengan saya..Maaf dipohon kerana tempahan utk Raya Puasa telah DITUTUP..Kepada semua yang telah berjanji untuk menghantar baju untuk Raya..mohon pihak puan-puan menghantar baju tersebut sebelum 31 Julai 2011..ketibaan baju selepas tarikh tersebut TIDAK akan dilayan..Harap Maklum..Sekian, terima kasih.

Tuesday, August 23, 2011

Crumble Pearls..

Assalamualaikum..
Tempahan raya kali ni datang drp senior sy masa sekolah menengah..Alhamdulillah hubungan kami terjalin kembali disebabkan adanya facebook dan juga jahitan manik..hihihi..walaupun beliau tinggal jauh di Subang Jaya, tapi Kak Irni sanggup melalui orang tengah iaitu asben beliau yang keje di Putrajaya..untuk merealisasikan impian baju raya ni..

 Kak Irni mahukan crumble pearls..


Seminggu masa yang diambil untuk disiapkan..kainnya agak nipis dan sy terpaksa alas dengan kain gam untuk menampung berat pearls tu..sangat mencabar dan menguji kesabaran jahit manik dengan kain yg nipis dan ber'lining ni..2-3x sy melukis garisan kerana asyik senget jer..kainnya lembut sgt, asyik berlari ke sana sini jer!hihihi...


Juntaian juga diminta oleh Kak Irni..2x buat tu sebab sy sendiri rasa tak puas hati..Alhamdullah..respon yg diberikan adalah Kak Irni sgt berpuas hati..harap beliau akan hantar lagi di masa akan datang..terima kasih byk-byk..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Wednesday, August 17, 2011

Black & White Pearls

Assalamualaikum...
Baju ni ditempah oleh kawan satu course masa di UiTM Dungun dulu iaitu Sallehah..selama ni sy selalu ambik Detox Foot Patch dengan beliau..tp pada raya yg akan dtg ni beliau sudi tempah jahit manik lak di baju rayanya..hihi..


Sallehah hanya mahukan yang ringkas dan menarik..so idea ni jela yang mampu sy buat..
Masa yang diambik adalah 4hari utk disiapkan..agak lama jugak..dlm tempoh masa menjahit baju ni sy ada dpt undangan majlis berbuka puasa..so lepas dah berbuka kat luar, sampai umah je mmg xde mood dah nak menjahit..


Kalau sy betul-betul tekun, rasanya 2 hari dah boleh siap jahitan manik ni..hihi..harap Sallehah berpuas hati..Insyaallah lepas raya nnt sy akan jahit baju ke-2 lak yer..Terima kasih bayk-byk sebab sudi hantar..

SELAMAT BERPUASA
SEMOGA RAMADHAN KALI NI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN!


Monday, August 8, 2011

Pearls Floral Nana

Assalamualaikum..
Return customer, Nana Arieyanna a.k.a my best fren yg duk kt Perak ni..drp awl tahun lagi dia dah 'chop' sy utk jahit manik di baju raya beliau..at last pada pertengahan bulan Julai sy dpt kurier drp Nana..padahal dah berbuih mulut sy bgtau suh hantar cpt..kan skrg ni terpaksa memaksa diri sy utk siapkan secepat mungkin..adeehhhh!penat...


Masa yang diambil utk siapkan baju ni adalah 6 hari..sebenarnya leh siap 4hari jer kalau sy betul- betul fokus tapi kalau di bulan puasa ni faham-faham jela..kul 10 mlm mata dah xleh nak celik dah..menjahit lak asyik salah teknik jer...


Di tangan


Atas persetujuan Nana..mmg hanya separuh je leher dijahit..corak jahitan ni adalah diminta seperti yang telah saya buat untuk Puan Aainaa sebelum ni...harap Puan Nana berpuas hati..lain kali leh tempah lagi yer..

SELAMAT BERPUASA!
SEMOGA RAMADHAN KALI NI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN



Bunga-bunga Merah Puan Intan..

Assalamualaikum..
Tempahan untuk baju ke-2 Puan Intan..untuk dipakai pada hari raya jugak..hihi..meriahnya raya..!jeles lak sy dibuatnya sbb baju sy masih kosong dan suram tanpa manik!hahaha...


Sentuhan baju ke -2 ni juga hanya di pergelangan tangan shj..Masa yg diambil nak siapkan baju ni agak lama sikit iaitu seminggu..sy pun xtau ianya begitu lama...hahaha..sebenarnya hujung minggu sy kena ke ofis buat OT so siangnya tak sempat nk memanik baju ni..

Penat jugak sy fikirkan corak yg sesuai dengan corak baju ni..corak kainnya mmg crowded dan padat so kalau diletak manik shj mmg langsung tak dpt menaikkan seri baju ni..so penyudahnya mmg sy terpaksa letak 50 biji batu dengan 5 biji untuk satu kuntum bunga..byk gak batu tu utk kedua-dua belah tangan..confirm berat..hihihi..

Sebenarnya agak rumit nak menjahit manik di kain ni..agak lembut dan kain mudah pecah bila benang di tarik..so sy terpaksa letakkan kertas gam utk menahan manik dan batu-batu tersebut..

Nasihat sy kepada semua kawan-kawan, kalau nk baju dijahit manik pilih kain yg tak crowded agar seri manik tu naik dan agar tukang jahit manik ni tak pening kepala fikirkan corak yang sesuai..hihihihi...

SELAMAT BERPUASA!!
MOGA RAMADHAN KALI NI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN..


PESANAN PENAJA