MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Wednesday, May 18, 2011

Baju Tunang Ayu..

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni datang daripada adik kawan baik sy, Nana iaitu Ayu...Baju ni adalah untuk Majlis Pertunangan Ayu yang akan diadakan pada awal bulan Jun nnt..

Sebenarnya corak manik di tangan telah dijahit oleh tukang jahit baju Ayu tanpa dipinta oleh Ayu sendiri..ianya sgt simple dan tidak bling-bling utk Majlis Pertunangan..so Nana telah mohon dengan saya untuk men'grand'kan baju ni di bahagian depan baju..




Di bahagian tangan yang telah dijahit oleh tukang jahit baju..

Susah betul sy nak mencari labuci/manik/pearl yg sepadan dengan corak di bahagian tangan..ada warna yg xde dan sy terpaksa padankan jugak warna..nk cari exactly mmg susah..warna yang dah seakan-akan rasanya tidak menjadi masalah yg besar..

Lastly ini ialah hasilnya....dan masa untuk siapkan adalah lebih kurang seminggu..Alhamdulillah dapat disiapkan 2minggu awl sebelum tarikh yang diminta..




Rupa keseluruhannya baju..

Harap Ayu berpuas hati dengan corak dan jahitan ni..dan tidak dilupakan Selamat Bertunang..semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin..Amin!

No comments:

Post a Comment

PESANAN PENAJA