MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Sunday, January 13, 2013

Puan Mimi : Lace Bunga Turqouise

Assalamualaikum....

Sangat lama duk dalam draf..skrg sgt sibuk..mmg xde masa nk update blog dan menjahit..buat masa skrg ni sy mmg xambik  tempahan menjahit manik..balik keje pun dah kul 7 malam..pastu penat..dah xde mood nk menjahit..

Namun..sy sempat siapkan tugas-tugas akhir..huhuhu...tempahan ini daripada Puan Mimi..sy just buat dengan lace bunga sahaja ditambah skit dengan bunga-bungaan kecil dan dedaun..




Walaupun sgt simple..Alhamdulillah..mendapat feedback yang baik drp Puan Mimi...katanya 'simple dan sweet..lain drp yg lain'



Pn. Mimi : Patch Lace

Assalamualaikum..

Bagi yang ditempah oleh Puan Mimi untuk di jahit manik.. susah jugak sy fikir untuk siapkan baju ni..at last decide nk jahit patch lace jela pada baju ni..



Inilah hasilnya...ermm..bila dah siap..cantik jugak rupanya..walaupun corak penuh pada baju..patch lace boleh diaplikasikan jugak...

Terima kasih Puan Mimi yang sudi menempah jahit manik dengan saya..herap berpuas hati..


Thursday, January 10, 2013

Kak Da : Crumble

Assalamualaikum

Tempahan kali ni datangnya cousin kepada kawan saya...Kak Da juga tinggal di Putrajaya dan saya telah pergi ke rumah beliau untuk mengambil baju tempahan..duk di satu kawasan yang sama..xjadi masalah untuk sy ambik dan deliver...

Kak Da inginkan crumble di leher, tangan baju dan juga di kain... nanum jahitan di bahagian baju tidak dapat di kongsi di sini kerana ianya adalah permintaan Kak Da untuk tidak di-publish untuk tontonan umum..




Gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada gambar jahitan manik yang telah saya jahit di bahagian kain..simple crumble sahaja kerana tempoh masa yang singkat iaitu 4 hari untuk saya menjahit.

Alhamdulillah...sempat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan..harap Kak Da berpuas hati dan terima kasih banyak-banyak sebab sudi menempah dengan saya.

SYUKUR PADA ALLAH



Wednesday, January 9, 2013

Simple Bracelet Mak Saya

Assalamualaikum..

Terasa tahun ni penuh dengan kerja-kerja pejabat yang menimbun...terasa juga tahun ni lebih byk outstation...aiii...camner la keje-keje menjahit saya nanti ni???mungkin selepas ini saya tidak menerima tempahan yang ada dua date kot...

Jahitan ni dah lama jugak tersimpan dalam draf...baju mak saya ni dijahit dengan simple bracelet yang diinspirasikan daripada Sifu Sheik Azmi..



Ringkas sahaja jahitannya tapi ianya cukup comel bagi yang inginkan jahitan yang simple..masa untuk disiapkan hanya dalam 2hari bekerja sahaja...


Thursday, January 3, 2013

Warna-warni Pearls

Assalamualaikum...
Begitu lama entri ni duk dalam draf sampaikan dah bealih tahun...hihihi...Tempahan jahitan manik ni adalah daripada pelanggan tetap sy iaitu Puan Mimi..beading arts hanya di tangan sahaja..




Saya dah lupa berapa hari untuk siapkan jahitan ni...rasanya lebih kurang 2-3hari jugak laa...jahitan ini hanya simple shj...namun bila digabungkan dengan pelbagai warna pearls..ianya tampak begitu menyerlah sekali...cute kan...

Diharapkan Puan Mimi berpuas hati...terima kasih byk-byk..



PESANAN PENAJA