MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Monday, September 10, 2012

Patch Lace Raya Pn. Nor Aishah

Assalamualaikum...

Baju jubah biru ni sama tema dengan raya keluarga saya tahun ni....ehhh..bukan...hihihi...baju ni kepunyaan officer sy..Puan Nor Aishah yang tengah sarat mengandung...beliau xnak lepaskan peluang untuk bling-bling di hari raya walaupun due date bersalin sehari sebelum raya....hihihi

Puan Nor Aishah minta untuk di patch lace di bahagian tangan sahaja...



Alhamdulillah...patch lace ni siap dalam beberapa hari sahaja...nak kejar lace seterusnya lak...hihihi...Dan Puan Nor Aishah telah bersalin pada raya ke-5...so sempatlah beliau nak beraya sakan dengan baju biru bling-bling...hihihi....

Harap Puan Nor Aishah berpuas hati...terima kasih di atas tempahan!

Highlite Crepe Hani

Assalamualaikum...

Baju batik crepe kepunyaan Hani ni..hanya diminta untuk highlite sahaja...

Hani mahukan highlite yang simple dan skit-skit sahaja di bahagian tangan dan juga badan 


Sebenarnya..nk buat highlite ni lebih susah berbanding nk menjahit manik..susah nk ikut corak baju dan nk match colornya..nnt xkena..xnaik lak highlite tu kan...sy ambik masa beberapa hari gak la nk siapkan highlite ni...

Harap Hani berpuas hati..terima kasih di atas tempahan...Baju pink bercorak daun in progress..Insyaallah by this week leh delivery...

Wednesday, September 5, 2012

Crumble Lace Pn. Fila

Assalamualaikum..
Baju yg telah lama dihantar kepada saya...hihihi...Tempahan ini datangnya daripada Puan Zatil Hafila..isteri kepada pegawai di pejabat saya...


Gabungan pink+gold..so nice and sweet!

Puan Fila mahukan crumble di bahagian leher..


Dan patch lace di bahagian tangan...

Alhamdulillah dapat disiapkan dalam masa seminggu...mmg pulun abis-abisan sbb nak kejar masa..hihihi..nnt xbalik beraya lak yer...baju raya sendiri mmg dah confirm xde sebiji manik pun...hihihi...

Kain siffon ni amat sensitif..kalau tersalah pegang..leh tertarik benang kain...ermm...mmg sy terpaksa berhati-hati ketika menjahit di bahagian tangan...

Harap Puan Fila berpuas hati..next time leh antar lagi...hihihi..terima kasih byk-byk sebab sudi tempah!


Simple Crumble Hani

Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya drp Hani..kwn masa duk belajar di UiTM Dungun dulu..Hani mahukan simple crumble pearls dibahagian tangan sahaja..



Alhamdulillah dapat disiapkan dalam beberapa hari..part paling slow skit..dan kurang digemari ialah menjahit manik tabur...hahaha...kalau xde percikan manik tabur..xlawa lak crumble ni..ermm...harap Hani berpuas hati..terima kasih byk2 sebab sudi tempah..

Thursday, August 16, 2012

Baju Mak Saya...

Assalamualaikum..
Semasa balik kampung pada permulaaan puasa 21-22 Julai 2012...2 hari je pun tapi seperti biasa la..bukan leh bercuti sgt..mak sy akan memaksa sy utk jahit baju dia...ermmm...kalau tak dilayan kan ada jela bunyinya...so layankan jela...




Hasil jahitan yang simple...xde bahan sbb mmg sy xbawak balik alatan menjahit..so letak jela apa-apa yang ada...akhirnya siap jahitan ni...hihihi...

Tuesday, August 7, 2012

Patch Lace Raya EO Rohana

Assalamualaikum...
Baju raya ke-2 EO Rohana yang saya jahit dan delivered pada awal bulan lepas..Lama jugak sy fikir jahitan yang sesuai utk baju Eo ni...last-last sy decide nak jahit patch lace sahaja..



Jahitan hanya di tangan sahaja...seminggu jugak tempoh saya nak siapkan baju ni..colornya hanya hitam dan putih sahaja..gabungan warna yang mmg menjadi kesukaan saya...tp untuk jahitan manik..tiada pilihan color lain yang boleh dipilih...Alhamdulillah EO suka dengan patern ni..

Selamat berpuasa..terima kasih ALLAH dengan rezeki ini..

Bunga Reben Oren

Assalamualaikum...
 Byk entri jahitan manik yang masih belum dipost di sini...tempahan raya kali ni mmg byk tapi saya je yang tak snaggup nak ambik...lagipun sebelum puasa sgt byk pegi outstation dan juga bulan puasa yang sibuk dengan RBC..

Tenpahan kali ni adalah datangnya daripada Puan Mimi..jahitan ni disiapkan sebelum raya lagi..tp sy yang xsempat nk post entri...



Jahitan hanya di tangan sahaja..gabungan bunga reben dan lace..satu benda baru yang tak pernah sy buat sebelum ni..bila dah siap cantik jugak...lama betul masa yg diambil nak siapkan jahitan ni...entah brepa kali pergi outstation...barulah siap baju ni...hahaha

Harap Puan Mimi berpuas hati..next time saya jahit patern lain lak..

Selamat Berpuasa..Terima kasih ALLAH

Tuesday, July 31, 2012

Baju Tunang

Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya daripada kawan saya Arlina Rosli utk baju tunang sepupu beliau..beliau hanya nak jahitan pearls yang simple sahaja di bahu dan juga tangan..



Jahitan ni sangat ringkas tapi sangat cute..dalam masa 2 jam je saya siapkan jahitan ni...Alhamdulillah...lagipun due date hanya sehari je...huhuhu....hari ni dapat..esok hantar...seperti biasa la kawan saya tu...suka buat keje-keje camni...nasib baik saya xde baju yang urgent utk dijahit..hahaha..

Terima kasih Ina..

Thursday, July 12, 2012

Bracelet Hani..

Assalamualaikum...
Terlalu lama rasanya entri ni berada dalam folder draf...gambar dah upload tapi nak menaipnya pulak yang malas...dah seminggu cuti menjahit ni..asyik outstation je xabis-abis..

Back to the stori..tempahan kali ni datangnya daripada kawan UiTM saya, Hani..first time Hani hantar ni sebab nak tengok 'kecemerlangan' saya menjahit manik...hihihi..



Baju kain sulaman daripada Jakel ni saya buat bracelet sahaja...lagipun Hani hnya mahukan yang simple dan tak sarat..so the best patern ialah bracelet...saya siapkan bracelet ni dalam masa 3 hari..sepatutnya 2 hari leh siap tapi saya telah tersalah warna..bila dah siap baru perasan warna yang tak sama...aduyai..camner la saya leh tersalah ni??ermmm...buka semua balik dan buat semula...dah jadi 2 keje..

Alhamdulillah..Hani sangat sukankan coraknya sampai Hubby beliau pun memuji...hihihi...saya sangat senang hati kalau customers sukakan hasil kerja tangan saya...syukur alhamdulillah..

Terima kasih Hani sebab percayakan saya..ada 2 helai baju lagi yang nak dimanikkan utk raya...sila sabar menunggu tau..hihihi...

Wednesday, July 4, 2012

Projek Last Minit ni...

Assalamualaikum...

Dah lama nk post entri ni tapi asyik tertangguh jer...Kawan saya di Shah Alam tu suka sgt tau buat saya terkejut dan terkedu...eiiii...geram dan gembira silih berganti...hahahaha....geram sebab beliau secara tiba-tiba akan bagi saya jobs dan esoknya nak siap....suka sgt buat saya lemah jantung....nk cpt-cpt..Alhamdulillah setakat ni..semua jobs tu sy buat ikut timing yg dikehendaki...

Job pertama yg saya dapat ialah buat patch lace di tudung..due date ialah sehari untuk 6helai tudung..pengsan kejap....!!

Sangat la mencabar nak jahit lace ni di tudung....mmg serik laaa...tudung yg kainnya sangat lembut dan perlukan fokus yang amat tinggi...

Ini lah 6 helai tudung yang telah siap di-patch lace...Alhamdulillah kawan sy sgt suka..tudung-tudung ni telah digunakan untuk satu shooting di tv...

Next jobs lak ialah jahit pearls di bahu baju...due date hanya 2 hari. untuk 4 helai baju..memula tu saya agak pening gak fikir camner la pattern yang kawan saya nak ni...demand betul..nak camni..camtu..nasib baik kawan..kalau orang lain rasanya..ok buat sendiri laaa...hahahaha..okey gurau jer...!!

Gini ler penyudahnya...dan kawan saya sangat sukakannya...Alhamdulillah..simple but so nice di bahu kiri dan kanan kan..

Ini ialah 4helai baju kurung moden yang telah siap di beading...cantik betul warna kain-kain ni..sy pun berkenan.. dan...


Selepas itu..6 helai baju kurung moden lagi dihantar untuk dibeading di bahu shj..sama seperti yang dibuat sebelum ni...Alhamdulillah..dalam masa 3 hari sy dah siapkan semuanya...semua baju-baju ni akan dijual secara online...

Seronok menjahit bila kita tau cara dan teknik yang betul...susah bila nk fikirkan patern dan warna yang perlu dimatchkan dengan kain...Namun..rezeki sentiasa ada kalau kita rajin berusaha..Alhamdulillah..syukur kepada ALLAH!


PESANAN PENAJA