MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Tuesday, March 8, 2011

Cara untuk Tentukan Harga Upah Jahit Manik

Assalamualaikum...Semua customer saya tertanya-tanya camner nk tentukan harga upah jahit manik..secara jujur sy mmg xboleh tentukan dgn satu harga tetap sbb setiap jahitan/warna dan penggunaan manik/labuci adalah berlainan mengikut corak dan color baju..modal nk menjahit bkn sedikit dan sgt susah nk menjahit bg org yg tiada kesabaran..ms yg diperuntukan pun sgt lama..bkn senang nk kutip sebijik-sebijik manik yg kecik tu...kadang2 rs muak pun ada tp nk buat camner..tugasan harus dihabiskan juga..nasib baik minat yg mendalam terhadap jahitan manik..kalau xde minat..rasa mcm campak ke laut pun ada...hahahaha...

Ada yg komplen sy ambik terlalu murah sbbnya sometimes sy tak ambik pun upah ms sy..kadang-kadang terpaksa ke kedai 2-3x sbb manik xcukup..modal utk ke kedai pun sy tak kira tau..cara yang septutnya untuk menentukan harga upah adalah seperti berikut: (kredit kepada Zai Butterfly beads yg berkongsi ilmu ni)


Langkah pertama:-
Tentukan gaji sejam berapa RM untuk diri anda. Contoh RM10 untuk satu jam. Darabkan gaji anda (RM10) dengan jumlah jam anda ambil untuk siapkan satu baju. Contoh 10 jam. Jadi, upah jahit manik:-

RM10 x 10 Jam = RM100

Kalau rasa nak cepat kaya, letak la RM100 untuk saju jam, tapi kalau satu baju anda buat dalam 10 jam, upah jahit manik satu baju dah cecah RM1000, nanti orang dah tak nak hantar baju pulak :) So patut-patut la letakkan gaji untuk diri sendiri walaupun memang anda bos nya ;)

Langkah kedua:-
Tambahkan upah jahit manik tadi dengan modal. Contoh, modal untuk satu baju RM50, so:-

RM100(upah) + RM50(modal) = RM150

Modal termasuk manik, labuci, benang, jarum, minyak anda ke kedai manik (postage charges kalau beli manik online), dan lain2 yang anda gunakan untuk menyiapkan baju tersebut.

Langkah ketiga:-         
Tambahkan jumlah dari langkah kedua tadi dengan 'additional charges'.
Contoh, kain yang sangat susah untuk dijahit, customer nak baju siap cepat, design yang digunakan adalah design anda sendiri, design baru (eksklusif untuk baju tersebut), 'consultation', atau apa-apa 'charges' yang anda rasa perlu untuk ditambah. Contoh additional charges RM20, so:-

RM150(upah+modal) + RM20(additional charges) = RM170

Langkah keempat:-
Mungkin orang yang menghantar baju pada anda adalah adik-beradik, saudara-mara, jiran, regular customer, kawan satu office atau kawan baik anda, jadi mungkin anda perlu bagi diskaun pada mereka. Contoh diskaun 20%. 

RM170 - 20% = RM136 (bulatkan jadi RM140)

Anda tidak perlu beri diskaun jika anda tidak mahu, terpulang pada keikhlasan anda :)

Itu saja langkah-langkah untuk anda menentukan harga upah jahit manik. Kalau anda rasa teknik ni berguna mungkin anda boleh 'apply' lepas ni. Sekurang-kurangnya, bila customer tanya macam mana anda kira harga upah, anda ada 'point' anda, dan customer akan rasa berbaloi hantar baju pada anda. 


Tempahan drp Pn. Nana

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni adalah drp kwn baik sy..Nana..dia duk kt Pantai Dalam..last few weeks sy ke rumah adik sy so sempat la ambik baju dia untuk dijahit..baju ni beliau akan pakai masa kenduri this weekend..masa yg diambik utk siapkan baju ni lebih kurang seminggu gak laa..sbb ada kalanya sy xsempat nk menjahit..hihihi..atas permintaan kwn sy ni, dia nk ada juntaian kt leher....untuk menyerlahkan lagi baju kosong, kali ni batu berbentuk bujur digunakan..jom kita lihat gambornya k..

Bunga di tangan
Keadaan di tengah-tengah tangan
Rupa keseluruhan tangan
Juntaian Kasih..haha
Di leher dan juga tangan


Monday, March 7, 2011

Simple tp menarik!

Assalamualaikum...
Lama betul tak update blog manik ni..bukannya xde tempahan tp aku je yg malas..huhu..sila abaikan perkataan tersebut k..setiap org pun ada perangai tu kan..
Then this time aku nk tunjukkan kt semua baju aku sendiri yang dijahit manik..Al-maklum ler baju sendiri, so jahitan pun agak simple..tp menarik jugak laaa..
Its took only 1day untuk disiapkan sbb hanya di tangan shj..

Jom lihat gambornya...


Adik aku kata ini corak 'tulang anjing'..langsung xsedap namanya tp menarik gak bila siap..hihi




Wednesday, February 16, 2011

Bunga Matahari

Assalamualaikum...
Ini ialah baju sy sendiri..sebenarnya jahitan bunga di tangan baju dh lama siap..sy ada postkan sebelum ni..tp sy tak sempat nk jahit di leher sbb kehabisan batu bulat..kt kedai yg biasa sy beli stok beads lak xde..so ms balik kampung hari tu sempat ke kedai kesukaan sy iaitu kedai 'Cinta' kt Jln Temenggong, KB..

Kt situ mmg byk beads yg dijual..bila masuk kedai tu rasa mcm xnak kuar laa..hihi..ok..bunga di leher baju ni just ambik ms 1hari shj utk dijahit..corak bunga dgn batu besau mmg sgt cepat dan tak remeh laa..sebyk 16 batu bulat yg sy gunakan tp yg sebenarnya batu yg diperlukan ialah 22biji..hihi..betul2 costly laa..kalu utk baju customer boleh la guna..so untuk baju sendiri..kena berjimat sikit..hihihi

So...inilah hasilnya..

Hanya separuh leher je sbb sy pakai tudung..xnak membazir!
Pandangan Atas
Ada juntaian
Di tangan baju


Bunga Rose

Assalamualaikum..
Semlm aku telah menjaya menghasilkan bunga 'rose' besar..huhu..selama ni asyik gak bertanya pada diri sendiri..'Camner ye aku nk buat bunga rose besau tu??''my sifu iaitu kakak aku ada buat kt baju dia..honestly aku selalu admire kt semua baju kakak aku..setiap baju dijahit manik yg berlainan..sungguh tekun kakakku itu..

Jom lihat baju kakak ku yg aku sgt admire..leh meroyan dibuatnya!...


Cantik kan?byk labuci digunakan untuk hasilkan corak seperti ni..insyaallah suatu hari akan ku buat dibajuku..baju yg nk dijahit blum sempat ditempah lagi..duk terperuk dlm bonet kete..hahaha

Ini lak bunga rose yg aku hasilkan semlm..


Percubaan pertama di baju adikku, Nona..hahaha..rupa-rupanya mmg byk guna labuci utk hasilkan bunga ni..1paket labuci leh hasilkan 3kuntum bunga shj..tips yg kakak aku bgtau utk buat bunga ni ialah guna 2labuci..bila kakak ku bgtau camtu..aku dh nampak camner nk buat..last2 semlm cuba then menjadi..nk try before this xsempat sebab sibuk duk menjahit baju customer..hihi..

Dolu-dolu biasa buat bunga rose kecik jer..camni..!


Sgt comey!

Tempahan drp Ms.X

Assalamualaikum..
Entri sebelum ni adalah mengenai baju yg ditempah oleh Ms. X
Atas permintaan beliau, ada few benda yg minta ditambah terutamanya bahagian bawah baju dan juga di bahagian lengan..

Sebanyak 22biji batu berbentuk 'air mata' digunakan untuk menambahkan seri baju ni..

Di bahagian bawah baju
Di bahagian lengan
So hasilnya adalah seperti di bawah..

Di baju secara dekat
Di baju

Di lengan baju


Monday, February 14, 2011

Tempahan kembali drp Ms. X

Assalamualaikum..
Return customer iaitu Ms. X..sebelum ni beliau ada tempah utk dijahit pada baju kelawar..nk tau sila lihat di sini..Tempahan kali ni lak nk convert/transform drp manik asal sbb manik asal tidak memenuhi kriteria giler ayat berbunga ni..dengan erti kata lain..Ms. X nk tambah manik pada baju tersebut supaya boleh disesuaikan dengan tudung..

Alhamdulillah..akhirnya siap juga baju ni setelah 3minggu berada dlm simpanan..kenapa sgt lama?sebabnya 1st week tu bz menjahit 2tempahan baju McTiey yg nk dipakai untuk kenduri abangnya..2nd week lak balik kampung..kena lak jahit baju mak saya disamping sempat cilok jahit baju ni..dan last week lak duk menjahit bunga kt baju ni..7kuntum bunga=7mlm..sgt mencabar dan menguji kesabaran!

Rupa asal baju tersebut..


Agak kurang menarik sikit so telah ditransform oleh saya menjadi begini...

jeng..

jeng..

Di lengan

 Bunga yg paling susah untuk dijahit..1bunga=1mlm..giler sgt mencabar nk jahit bunga ni sbb labuci yg digunakan sgt kecik..berpinar mataku!


 Juraian yg diminta oleh Ms. X



Cantik tak hasilnya??hihi..




Thursday, February 10, 2011

Baju Mak Saya..

Assalamualaikum..
Last week masa balik kampung seminggu..sempat juga sy menjahit baju mak sy..itu pun sbb mak sy beria-ria sgt nk sy menjahitnya..kalau ikut hati mmg nk jahitkan baju customer dan deliver bila masuk keje tp disebabkan sibuk menjahit baju mak sy..baju customer xjugak siap2 til today..hopefully this few day siap baju customer tu..next monday Insyaallah leh deliver kt dia..

Masa yg diambil nk siapkan jahitan ni ialah 4hari..lama gak tu sbb bukannya ada ms sgt nk menjahit bila balik kampung..hihihi..corak yg dijahit lak sama seperti yg dijahit untuk ofismate sy iaitu Kak Zana.. 

Jom lihat gambarnya..







Thursday, January 27, 2011

Tempahan ke-2 McTiey

Assalamualaikum...
Baju ke-2 yg dihantar PA bos, McTiey
Hari isnin hantar dan khamis nak..
So sy just ambik ms 2 hari utk siapkan jahitan manik 
Mmg sgt rushing sbb beliau nk pakai utk kenduri hujung minggu ni.. Permintaannya adalah manik tabur dan bling-bling lebih drp K.Zana..hihi..Kak Zana ialah ofismate sy yg tempah sebelum ni.. 

Jahitan yg sgt senang tp mengambil ms yg panjang sebenarnya..sbb kena kutip manik yg kecik tu sebijik-sebijik..mmg kena tekun dan fokus..hihihi.. Dan hasilnya sgt memuaskan hati McTiey..Alhamdulillah.. Terima kasih kpd McTiey..lain kali tempah lagi yer..Moga rezeki bertambah murah..AMIN! 

Jom lihat gambor yer.. 





Di lengan baju shj

p/s: ada 1 lagi baju yg nk dijahit ms cuti seminggu ni..

Wednesday, January 26, 2011

Tempahan Drp McTiey

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni dtg drp PA SUB, McTiey..
Baju dihantar pada hari Rabu minggu lepas dan semlm baru siap..
It took 6 days to finished..nape lama sgt?
Sebabnya..
1st on friday-sunday sy demam..mmg xde mood nk menjahit
2nd keabisan stok manik dan semlm baru sempat membeli

Jom layan gambor-gambor berkenaan..
 
 



Di lengan baju shj

Nota: ada 2 baju customers lagi yg harus dijahit..

PESANAN PENAJA