MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Friday, May 20, 2011

Baju My Adik..

Assalamualaikum..
Baju adik saya ni dah berkurun dlm simpanan..jahit skit-skit jer....hihi drp bulan Feb hingga Mei baru siap..hahahaha..kesian adikku si Nona ni..sori la yer, kakakmu ni sibuk jahit tempahan orang lain..al-maklum ler kalau tiada upah kena la jahit kemudian kan..hihihi...

Inilah first sy belajar jahit bunga rose besar...alhamdulillah menjadi dengan jayanya..



Color coklat ni mcm color hitam lak dlm gambar..



Di tangan shj..xsempat nk jahit di bahagian baju..byk betul pakai labuci ni..


Thursday, May 19, 2011

Batu Besar di Baju!

Assalamualaikum...
Sesetengah orang takut untuk mengayakan batu-batu yang besar  di baju..bagi saya itu tidak menjadi masalah sebab trend skrg mmg camtu..dah mcm2 fesyen batu/beads yang dibuat mengikut perkembangan semasa..kalau kita nk ikut dunia fesyen so kita kena la berani kan....

Contohnya camni..


Batunya sebesar alam..tp ianya sgt cantik kan..

Nak tengok lebih banyak batu-batu besar dijahit pada baju boleh jenguk kat blog Seleksi Qrizz..


Wednesday, May 18, 2011

Baju Tunang Ayu..

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni datang daripada adik kawan baik sy, Nana iaitu Ayu...Baju ni adalah untuk Majlis Pertunangan Ayu yang akan diadakan pada awal bulan Jun nnt..

Sebenarnya corak manik di tangan telah dijahit oleh tukang jahit baju Ayu tanpa dipinta oleh Ayu sendiri..ianya sgt simple dan tidak bling-bling utk Majlis Pertunangan..so Nana telah mohon dengan saya untuk men'grand'kan baju ni di bahagian depan baju..




Di bahagian tangan yang telah dijahit oleh tukang jahit baju..

Susah betul sy nak mencari labuci/manik/pearl yg sepadan dengan corak di bahagian tangan..ada warna yg xde dan sy terpaksa padankan jugak warna..nk cari exactly mmg susah..warna yang dah seakan-akan rasanya tidak menjadi masalah yg besar..

Lastly ini ialah hasilnya....dan masa untuk siapkan adalah lebih kurang seminggu..Alhamdulillah dapat disiapkan 2minggu awl sebelum tarikh yang diminta..




Rupa keseluruhannya baju..

Harap Ayu berpuas hati dengan corak dan jahitan ni..dan tidak dilupakan Selamat Bertunang..semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin..Amin!

Monday, April 25, 2011

Crumble Pearl..

Assalamualaikum..
Akhirnya siap juga crumble pearl saya ni..
First time jahit crumble pearl..tp alhamdulillah menjadi tanpa hadir mana-mana kelas jahitan manik pun..huhuhu..daya kesabaran yang tinggi betul-betul menduga saya sebab a few times jugak la sy cuba jahit..kainnya sangat lembut..tapi akhirnya menjadi..hihi..

Terima kasih kepada Ms. X..yg mana baju ni merupakan baju ke-4 beliau hantar untuk tempahan jahit manik dengan saya..Lama betul nk siapkan baju ni sbb nak siapkan baju ke-3 Ms. X dahulu..ada di entri sebelum ni....sebulan setengah dalam simpanan saya..sorry yer Ms. X..hihi..





Baju raya Ms. X ni..hihi..sgt awal beliau hantar kt saya..maybe takut sy tak terima tempahan nnt kot..hihi..dah ramai yang duk chop-chop sy untuk jahit manik untuk baju raya ni..skrg sy tengah menjahit baju adik saya dan mulai minggu depan kembali menjahit skirt Ms. X pulak..

Alhamdulillah rezeki sentiasa ada..syukur padaNYA!


Monday, April 11, 2011

Bunga Daisy..

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni pun datangnya drp return customer..mmg agak lama untuk siapkan baju ni..kesnya sbb nk siapkan baju Puan Mimi dulu..entri sebelum ni..hihi..

Sy mohon maaf pada Ms. X sbb lama sgt terpaksa menunggu lama..hihi..baju pertama telah delivered last week..masa untuk menjahit just 2hari shj sbb hanya di tangan shj..








Floral+Crumble Pn. Mimi..

Assalamualaikum...
Sangat lama tak update blog jahitan manik ni..bukannya tiada tempahan yang diterima tetapi saya yang tak menang tangan untuk menjahit..

Tempahan kali ni datang daripada Puan Mimi, my return customer..corak yang diminta adalah shimmering floral tapi saya telah gabungkan floral+crumble..main bantai je bak kata orang...hahaha..lastly hasilnya sgt memuaskan hati..

Tempoh masa untuk menjahit kali ni ialah sebulan..giler lama kan..kenapa lama sgt??sebabnya..sy terpaksa ke kedai 2x mencari bahan yang tak cukup..bila tak cukup mmg mood menjahit hilang sekejap..hihi....pastu kena lak 2kali outstation..bila dah gi outstation mmg xdela nk menjahit lagi..

Tak payah nk bebel byk..so kita lihat gambarnya lak..




Di tangan baju
Juntaian berbentuk  'V' yang diminta 
Hasilnya..

Tuesday, March 8, 2011

Cara untuk Tentukan Harga Upah Jahit Manik

Assalamualaikum...Semua customer saya tertanya-tanya camner nk tentukan harga upah jahit manik..secara jujur sy mmg xboleh tentukan dgn satu harga tetap sbb setiap jahitan/warna dan penggunaan manik/labuci adalah berlainan mengikut corak dan color baju..modal nk menjahit bkn sedikit dan sgt susah nk menjahit bg org yg tiada kesabaran..ms yg diperuntukan pun sgt lama..bkn senang nk kutip sebijik-sebijik manik yg kecik tu...kadang2 rs muak pun ada tp nk buat camner..tugasan harus dihabiskan juga..nasib baik minat yg mendalam terhadap jahitan manik..kalau xde minat..rasa mcm campak ke laut pun ada...hahahaha...

Ada yg komplen sy ambik terlalu murah sbbnya sometimes sy tak ambik pun upah ms sy..kadang-kadang terpaksa ke kedai 2-3x sbb manik xcukup..modal utk ke kedai pun sy tak kira tau..cara yang septutnya untuk menentukan harga upah adalah seperti berikut: (kredit kepada Zai Butterfly beads yg berkongsi ilmu ni)


Langkah pertama:-
Tentukan gaji sejam berapa RM untuk diri anda. Contoh RM10 untuk satu jam. Darabkan gaji anda (RM10) dengan jumlah jam anda ambil untuk siapkan satu baju. Contoh 10 jam. Jadi, upah jahit manik:-

RM10 x 10 Jam = RM100

Kalau rasa nak cepat kaya, letak la RM100 untuk saju jam, tapi kalau satu baju anda buat dalam 10 jam, upah jahit manik satu baju dah cecah RM1000, nanti orang dah tak nak hantar baju pulak :) So patut-patut la letakkan gaji untuk diri sendiri walaupun memang anda bos nya ;)

Langkah kedua:-
Tambahkan upah jahit manik tadi dengan modal. Contoh, modal untuk satu baju RM50, so:-

RM100(upah) + RM50(modal) = RM150

Modal termasuk manik, labuci, benang, jarum, minyak anda ke kedai manik (postage charges kalau beli manik online), dan lain2 yang anda gunakan untuk menyiapkan baju tersebut.

Langkah ketiga:-         
Tambahkan jumlah dari langkah kedua tadi dengan 'additional charges'.
Contoh, kain yang sangat susah untuk dijahit, customer nak baju siap cepat, design yang digunakan adalah design anda sendiri, design baru (eksklusif untuk baju tersebut), 'consultation', atau apa-apa 'charges' yang anda rasa perlu untuk ditambah. Contoh additional charges RM20, so:-

RM150(upah+modal) + RM20(additional charges) = RM170

Langkah keempat:-
Mungkin orang yang menghantar baju pada anda adalah adik-beradik, saudara-mara, jiran, regular customer, kawan satu office atau kawan baik anda, jadi mungkin anda perlu bagi diskaun pada mereka. Contoh diskaun 20%. 

RM170 - 20% = RM136 (bulatkan jadi RM140)

Anda tidak perlu beri diskaun jika anda tidak mahu, terpulang pada keikhlasan anda :)

Itu saja langkah-langkah untuk anda menentukan harga upah jahit manik. Kalau anda rasa teknik ni berguna mungkin anda boleh 'apply' lepas ni. Sekurang-kurangnya, bila customer tanya macam mana anda kira harga upah, anda ada 'point' anda, dan customer akan rasa berbaloi hantar baju pada anda. 


Tempahan drp Pn. Nana

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni adalah drp kwn baik sy..Nana..dia duk kt Pantai Dalam..last few weeks sy ke rumah adik sy so sempat la ambik baju dia untuk dijahit..baju ni beliau akan pakai masa kenduri this weekend..masa yg diambik utk siapkan baju ni lebih kurang seminggu gak laa..sbb ada kalanya sy xsempat nk menjahit..hihihi..atas permintaan kwn sy ni, dia nk ada juntaian kt leher....untuk menyerlahkan lagi baju kosong, kali ni batu berbentuk bujur digunakan..jom kita lihat gambornya k..

Bunga di tangan
Keadaan di tengah-tengah tangan
Rupa keseluruhan tangan
Juntaian Kasih..haha
Di leher dan juga tangan


Monday, March 7, 2011

Simple tp menarik!

Assalamualaikum...
Lama betul tak update blog manik ni..bukannya xde tempahan tp aku je yg malas..huhu..sila abaikan perkataan tersebut k..setiap org pun ada perangai tu kan..
Then this time aku nk tunjukkan kt semua baju aku sendiri yang dijahit manik..Al-maklum ler baju sendiri, so jahitan pun agak simple..tp menarik jugak laaa..
Its took only 1day untuk disiapkan sbb hanya di tangan shj..

Jom lihat gambornya...


Adik aku kata ini corak 'tulang anjing'..langsung xsedap namanya tp menarik gak bila siap..hihi




Wednesday, February 16, 2011

Bunga Matahari

Assalamualaikum...
Ini ialah baju sy sendiri..sebenarnya jahitan bunga di tangan baju dh lama siap..sy ada postkan sebelum ni..tp sy tak sempat nk jahit di leher sbb kehabisan batu bulat..kt kedai yg biasa sy beli stok beads lak xde..so ms balik kampung hari tu sempat ke kedai kesukaan sy iaitu kedai 'Cinta' kt Jln Temenggong, KB..

Kt situ mmg byk beads yg dijual..bila masuk kedai tu rasa mcm xnak kuar laa..hihi..ok..bunga di leher baju ni just ambik ms 1hari shj utk dijahit..corak bunga dgn batu besau mmg sgt cepat dan tak remeh laa..sebyk 16 batu bulat yg sy gunakan tp yg sebenarnya batu yg diperlukan ialah 22biji..hihi..betul2 costly laa..kalu utk baju customer boleh la guna..so untuk baju sendiri..kena berjimat sikit..hihihi

So...inilah hasilnya..

Hanya separuh leher je sbb sy pakai tudung..xnak membazir!
Pandangan Atas
Ada juntaian
Di tangan baju


PESANAN PENAJA