MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Wednesday, May 30, 2012

Lace Biru...

Assalamualaikum...
Sudah lama tidak mengemaskini entri-entri di blog ni..tempahan xpernah abis..hihihi..Alhamdulillah..cuma saya jer yang xde masa nak post entri ni...

Tempahan kali ni..datangnya daripada seorang kawan sy..yg mahu namanya dirahsiakan...hihihi...baju yang nak dihadiahkan kepada bonda tersayang sempena hari ibu...

Permintaan kawan saya ni ialah dia mahukan patch lace...ok..sy turutkan apa yang diminta...no hal...boleh ajer...susah jugak nak patchkan lace ni..

Jahitan di tangan

Rupa keseluruhan baju...di tangan dan juga dileher...Agak lama juga saya nak siapkan baju ni...byk sgt kerja-kerja lain yang harus disegerakan..Alhamdulillah..bonda kawan sy gembira dengan baju ni...


Thursday, May 3, 2012

Lace Kuning...

Assalamualaikum...
First time sy belajar jahit lace...tgk design skrg ni byk guna lace dan juga bunga organza..percubaan pertama di baju adik sy..hihihi...

 Jahit lace ni mmg cantik kalau di baju kosong ..nampak sgt menyerlah..


Seminggu juga sy nak siapkan jahit lace ni...susah jugak nk jahit lace ni...firstly nk kena jahit sembat betul2..kalau tak nnt gerak sana sini...hihihi...lama-lama nnt dah OK...

Adik sy suka dgn design ni...over lip-lap drp orang lain katanya...

Lace boleh beli di Lovely Beads di Tingkat 2, Pertama Complex..sila serbu di sana tau...



Friday, April 27, 2012

Tempahan Kak Liza

Assalamualaikum..
Dah hampir sebulan post ni duk dalam draft...hihihi...mood nk mengupdate tu agak kurang skit..

Tempahan kali ni datangnya Kak Liza yang bekerja satu kementerian dengan sy...pada mulanya sy jahit baju ni dengan segera sbb Kak Liza nak pakai utk event...last-last xjadi..dan minggu depan Kak Liza akan dtg ambik baju ni dengan sy...

Di tangan yang ada lining

Letak dengan batu-batu supaya lebih menyerlah


Alhamdulillah..seminggu sy siapkan baju ni..harap-harap Kak Liza suka dengan corak ni...susah jugak nak jahit sbb kainnya yang lembut...



Tuesday, April 10, 2012

Baju Makcik Ida

Assalamualaikum...

Tempahan kali ni datangnya daripada makcik Ida sy..dia sebenarnya dah jahit manik skit tangan baju ni..daripada sebelum mengandung, bersalin dan skarang baby pun dah 4 bulan...hihihi..lastly sy jugak yang kena siapkan baju ni..


Makcik Ida mahukan bracelet penuh di tangan baju ni..2 hari jugak utk sy siapkan sebelah tangan tapi mmg jari jemari sgt sakit..keras betul pelapik utk tgn ni...pastu sy jadi xde semangat nak siapkan....tunggu punya tggu..sempat la sy jahit baju orang lain dulu 2pasang..pastu baru smbung balik jahit kat sebelah lagi tu...

Ermmm...2 bulan baru siap...hihihi...harap makcik ida xkomplen banyak yer..kang sy menangis xnak jahit baju dia lagi baru tau...ampun makcikku...!!hahaha

Friday, March 30, 2012

Bunga-bunga Ceria

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni adalah daripada Puan Mimi...baju yang ke brepa pun saya dah tak ingat..hihi..apa-apa pun sgt bersyukur dengan rezeki yang datang mencurah-curah tanpa henti ni..

 Puan Mimi mmg meletakkan seluruh kepercayaannya untuk sy mencantikkan baju-baju beliau..hihihi..nasib baik beliau tidak kisah dgn corak yang sy buat..

5hari sy nak siapkan baju ni..padahal..kalau sy pulun abis-abisan rasanya 2hari dah siap..hihihi..pemalas betul saya ni kan..
 

Alhamdulillah..sy sukakan bunga-bunga ni..nampak ceria dan menyegarkan..walaupun coraknya ringkas tapi ianya sgt menarik...warna pink purple dinaikkan agar tidak tenggelam dgn base kain yang berwarna grey purple...terima kasih kepada Puan Mimi..


Tuesday, March 20, 2012

Gold Coklat Pn. Mimi - Simple Crumble Pearls

Assalamualaikum..
Tempahan seterusnya daripada Pn. Mimi..untuk pengetahuan semua..ada 7 helai lagi baju Pn. Mimi yang harus sy manikkan...mmg byk dan tak menang tangan untuk menerima tempahan..nasib baik Pn. Mimi memahami keadaan sy..hihihi

Corak yang dibuat adalah berdasarkan crumble pearls yg simple dan ringan..

Pearls yang digunakan pulak adalah drp jenis crystal...sy mmg sukakan yg jenis crystal ni...cantik sgt2..


Hanya 2 hari utk siapkan baju ni..padahal kalau org lain jahit rasanya setengah hari dah siap...sy selalu buat keje lambat2 kan..by the way..thanks to Puan Mimi sebab menaruh kepercayaan kepada sy utk memeriahkan baju ni..hihihi..

Kalau projek dgn kawan sy menjadi..nampaknya tahun ni perlu tutup kedai daripada terima tempahan memanik utk raya..korang setuju tak??hihihihi....projek tu blum confirm lagi yer...kita tggu dan lihat nnt..

Tempahan Cik Yati - Corak Ekor Merak

Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya drp Cik Yati daripada BTW via Dayah...hihihi...Cik Yati dah pegi DPA dan baju ni telah dihantar bulan 7 tahun lepas...begitu lama???sebab bulan depan baru Cik Yati akan kembali bekerja...so awal bulan Mac tu aku start jahit baju yang diilhamkan drp corak ekor merak ni...

 Corak di tangan..simple shj..

 Saje nk buat juntai-juntai supaya tak nampak mcm kosong sgt..

Rupa keseluruhan baju..di leher dan juga di tangan..mmg menarik jugak walaupun agak simple..corak camni sesuai utk mereka yg nak dalam bajet yang murah tp menarik...hihihi..seminggu sy perlukan utk siapkan corak ni...mood malas menguasai diri..

Terima kasih kepada Cik Yati sebab sudi tempah dengan sy.. harap berpuas hati..

Wednesday, March 7, 2012

Tempahan Zie, MITI

 Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya drp Zie drp MITI..sy xpernah kenal dgn customer sy ni..kami dikenalkan dgn seorang kakak yg pernah bekerja di kementerian sy..terima kasih buat buat Kak Oked..

 Zie mahukan corak jahitan yang simple dengan bunga kecik-kecik hanya di bahagian tangan shj.. baju ini akan dipakai ketika majlis kenduri keluarga beliau..

Pada mulanya saya keberatan utk ambik tempahan ni namum setelah dihitung jadual dan baju kwn sy tempahan sebelum ni dapat disiapkan awl drp jangkaan so boleh la sy ambik tempahan ni..sebenarnya sy susah nk menolak permintaan customer sy..kalau boleh sy xnak hampakan mereka..


Alhamdulillah..tempahan dapat disiapkan selama seminggu..lama jugak nk jahit walaupun hanya di tangan..ada hari2 antara itu yg sy cuti menjahit..hihihi...

By the way..terima kasih buat Zie yg sudi hantar baju ni..harap berpuas hati..


Monday, February 27, 2012

Pink Purple MzNana...

Assalamualaikum
Tempahan kali ni dtgnya drp kawan sy di Perak iaitu Nana..Thanks Nana sebab sudi hantar baju utk dipakaikan sempena Majlis Persandingan Mida nnt one of my fren gak..


Nana mahukan jahitan di badan baju.. so sy ambik keputusan untuk buat bunga pink purple dan dedaun hijau..satu kombinasi yg amat menyerlah..

Di bahagian tangan

Di bahagian badan baju


Alhamdulillah baju dpt disiapkan dlm masa 6 hari..lama jugak tu..namun ianya masih awl sehari berbanding target hari/schedule yg sy buat iaitu 7 hari..hihihi

Terima kasih byk Nana sebab mempercayai sy utk mencantikkan baju ni..hihihi...baju raya nnt cepat-cepat skit hantar tau...hihihi

-TERIMA KASIH ALLAH-


Thursday, February 16, 2012

Crumble Pearls Diniey

Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya daripada pegawai di Bahagian PSA iaitu Pn. Diniey..sy suka bila tgk baju ni sbb ianya colorful..hihihi..lagipun beliau mahukan corak crumble pearls..so tidak susah utk matchkan pearls dengan pelbagai color yg menarik..


 Lihat la hasilnya..sgt cute dan gojes kan..hihihi..seminggu je masa yg diambil utk siapkan di lengan baju ni...sy suka jahit baju ni soft kainnya jenis soft cotton dan xbyk kerenah...

Terima kasih kpd Pn. Diniey yg sudi tempah..lain kali leh tempah lagi..terima kasih byk2..

- SYUKUR PADA ALLAH -


PESANAN PENAJA