MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Monday, June 27, 2011

Cabaran Menjahit Manik...

Assalamualaikum..
Orang selalu berkata "Eh!Apsal mahal sgt jahit manik ni??"
Tahukan anda..modal nk beli manik ni sgt mahal??xpercaya??ini ialah contoh resit terbaru sy beli manik/labuci/pearls utk baju customer


Best kan harga tu??hihihi..

1 paket manik tu bukannya byk sgt dan kadang-kadang perlu guna sampai 3-5 paket..bergantung kepada corak yang dikehendaki kan...harga kristal pearls yg besar tu RM5.50 sepaket yer...bukan 1color atau 1jenis shj..byk dan pelbagai color dan bentuk diperlukan...byk modal yg perlu sy keluarkan..

Dan jahit manik perlukan kesabaran yg sangat tinggi...leceh weiii...nk kutip satu-satu manik yang sgt kecik tu..pastu nk susun dan kira ikut warna..bukannya boleh main hentam jer..kalau yang bercorak tu nk kena lukis dulu..nk kena lak fikir color yg sesuai..byk yang kena berfikir...

Pastu nk kena lak bongkokkan badan nk menjahit..kena fokus..kalau xfokus..abis la bercampur semua manik/labuci tu..ada juga manik/labuci yang terbang nnt dan xjadi seperti yang dikehendaki...

The best part yang selalu sy hilang sabar ialah bila benang berselirat dan bila ditarik putus...aduhai!masa inilah yg buat saya rasa mcm nak menangis..benang-benang tu bersambung panjang..kalau berselirat dan terpaksa potong...abis la kena jahit semula..oohhh..xmungkin...!

Kalau ada yg komplen psl harga mahal..sila la cuba jahit sendiri..tengok kekemasan jahitan anda..tgk brepa modal anda..tengok corak yang mampu anda buat...rasanya xsemua org mampu menjahit manik ni kalau tiada kesabaran yang tinggi...


Nota Kaki: tetiba rasa nk rehat drp jahit manik buat seketika!haha...

Friday, June 24, 2011

Manik Tabur Aainaa

Assalamualaikum..
Baju raya yang ke-3 saya jahit utk Aainaa...atas permintaan Aainaa yang hanya mahukan yang ringkas shj di tangan..so sy decide nk jahit manik tabur shj

Sebenarnya jahit manik tabur la paling susah sebab kena kutip satu-satu..adehhhh!..letih jugak..disebabkan tahap kemalasan yang melanda, 2 hari sy nk siapkan corak yang simple ni..hahaha..sepatutnya separuh hari leh siap tau..



Rupa keseluruhan tangan..comel kan..sy suka dan harap Aainaa pun suka..!!

Wednesday, June 22, 2011

Bunga-Bungaan Kuning Aainaa

Assalamualaikum..
Baju raya Aainaa yang ke-2 saya jahit..batu-batu dan manik sy import drp Kelantan sebab kat sini xde batu yg kena dengan warna yang saya nak..

9 hari sy ambik masa untuk siapkan baju ni..alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya siap..al-maklum la sy bukannya sepenuh masa menjahit kan..ada masa terluang sy jahit laa..kalau ms yg diambil agak lama skit tu harap semua pelanggan sy faham..


Sekuntum bunga di tangan


Di tangan




Di baju..hanya dibadan shj dijahit..ini mmg permintaan Aainaa sbb baju first yg dijahit tu dah ada dileher..so lain baju lain lak corak dan tempat jahitan manik..ada sedikit variasi di baju kan..


Rupa keseluruhan baju..

Nota: Atas permintaan pelanggan harga asas setiap baju yg dah dijahit dan dah deliver ada di side bar sebelah kanan ..mohon pelanggan faham sebab harga setiap jahitan manik adalah berbeza harganya mengikut keperluan..

Tuesday, June 14, 2011

Crumble Pearl Puan Mimi..

Assalamualaikum..
Lama berfikir nk taip apa kt entri ni..
Ok..tempahan kali ni dtg drp regular customer sy, Puan Mimi..memula dia hantar satu beg baju yg mengandungi 10 helai baju yang nak dijahit manik..adehhh!terkedu seketika..namun sy terima dengan hati yang terbuka..nasib baik bukan untuk dipakai di hari raya..Alhamdulillah..rezeki jgn ditolak..beberapa hari kemudian..menyusul lak baju raya ni..

Atas permintaan Puan Mimi yang mahukan crumble pearl..modal agak besar sikit sebab sy guna kristal pearl yang shining dan cantik..pearl biasa mmg murah tapi tidak berkualiti dan tidak shining..Masa yang diambil utk jahit adalah selama seminggu..


Di bahagian tangan


Di bahagian leher


Di keseluruhan leher


Juntaian yang diminta..


Rupa keseluruhan baju, di leher dan juga di tangan..

Crumble Pearl yg simple tp alhamdulillah Puan Mimi suka dan berpuas hati..ucapan ribuan terima kasih buat Puan Mimi kerana sudi hantar baju kat sy untuk dicantikkan..hihi

Nota kaki: bila nk jahit crumble kt baju sendiri ni??


Monday, June 13, 2011

Shimmering Floral Pearl Aainaa

Assalamualaikum..
Tempahan jahit manik kali ni drp kawan sebelah meja sy..Puan Aainaa..first time hantar, terus 3pasang baju raya..dia hantar awal-awal sbb sy selalu push dia hantar..hahaha..tujuannya supaya sy dapat siapkan baju dia dalam keadaan yg kemas dan cantik..tidak kelam-kabut kejar masa..hihihi..betul tak Aainaa??

Masa yang diambik kali ni hampir 2minggu..sebabnya sy kena hadir utk kursus selama 4 hari di Pulau Pangkor..so masa untuk menjahit amat terhad..

Jahitan kali ni adalah gabungan antara bunga dan pearl..kali ni ialah kali ke-2 sy menerima color biru KKLW ni..hahaha..dlm simpanan baju yg dihantar oleh customer pun ada lagi satu color biru ni..


Selepas berbincang dengan Aainaa..sy decide nk buat half leher jer..dpt jimat modal/upah dan juga masa untuk menjahit..lagipun Aainaa bertudung dan dengan ketiadaan manik di atas tidak akan mencacatkan keadaan dan rupa bila memakai baju tu nnt..


Shimmering floral di tangan..


Rupa keseluruhan baju..Saya sangat suka jahit corak ni..ada keriangan di hati nk siapkannya..hihihi..

Nota kaki: kenapa la sy xpandai jahit baju sendiri secantik ni??

Friday, May 20, 2011

Baju My Adik..

Assalamualaikum..
Baju adik saya ni dah berkurun dlm simpanan..jahit skit-skit jer....hihi drp bulan Feb hingga Mei baru siap..hahahaha..kesian adikku si Nona ni..sori la yer, kakakmu ni sibuk jahit tempahan orang lain..al-maklum ler kalau tiada upah kena la jahit kemudian kan..hihihi...

Inilah first sy belajar jahit bunga rose besar...alhamdulillah menjadi dengan jayanya..



Color coklat ni mcm color hitam lak dlm gambar..



Di tangan shj..xsempat nk jahit di bahagian baju..byk betul pakai labuci ni..


Thursday, May 19, 2011

Batu Besar di Baju!

Assalamualaikum...
Sesetengah orang takut untuk mengayakan batu-batu yang besar  di baju..bagi saya itu tidak menjadi masalah sebab trend skrg mmg camtu..dah mcm2 fesyen batu/beads yang dibuat mengikut perkembangan semasa..kalau kita nk ikut dunia fesyen so kita kena la berani kan....

Contohnya camni..


Batunya sebesar alam..tp ianya sgt cantik kan..

Nak tengok lebih banyak batu-batu besar dijahit pada baju boleh jenguk kat blog Seleksi Qrizz..


Wednesday, May 18, 2011

Baju Tunang Ayu..

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni datang daripada adik kawan baik sy, Nana iaitu Ayu...Baju ni adalah untuk Majlis Pertunangan Ayu yang akan diadakan pada awal bulan Jun nnt..

Sebenarnya corak manik di tangan telah dijahit oleh tukang jahit baju Ayu tanpa dipinta oleh Ayu sendiri..ianya sgt simple dan tidak bling-bling utk Majlis Pertunangan..so Nana telah mohon dengan saya untuk men'grand'kan baju ni di bahagian depan baju..




Di bahagian tangan yang telah dijahit oleh tukang jahit baju..

Susah betul sy nak mencari labuci/manik/pearl yg sepadan dengan corak di bahagian tangan..ada warna yg xde dan sy terpaksa padankan jugak warna..nk cari exactly mmg susah..warna yang dah seakan-akan rasanya tidak menjadi masalah yg besar..

Lastly ini ialah hasilnya....dan masa untuk siapkan adalah lebih kurang seminggu..Alhamdulillah dapat disiapkan 2minggu awl sebelum tarikh yang diminta..




Rupa keseluruhannya baju..

Harap Ayu berpuas hati dengan corak dan jahitan ni..dan tidak dilupakan Selamat Bertunang..semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin..Amin!

Monday, April 25, 2011

Crumble Pearl..

Assalamualaikum..
Akhirnya siap juga crumble pearl saya ni..
First time jahit crumble pearl..tp alhamdulillah menjadi tanpa hadir mana-mana kelas jahitan manik pun..huhuhu..daya kesabaran yang tinggi betul-betul menduga saya sebab a few times jugak la sy cuba jahit..kainnya sangat lembut..tapi akhirnya menjadi..hihi..

Terima kasih kepada Ms. X..yg mana baju ni merupakan baju ke-4 beliau hantar untuk tempahan jahit manik dengan saya..Lama betul nk siapkan baju ni sbb nak siapkan baju ke-3 Ms. X dahulu..ada di entri sebelum ni....sebulan setengah dalam simpanan saya..sorry yer Ms. X..hihi..





Baju raya Ms. X ni..hihi..sgt awal beliau hantar kt saya..maybe takut sy tak terima tempahan nnt kot..hihi..dah ramai yang duk chop-chop sy untuk jahit manik untuk baju raya ni..skrg sy tengah menjahit baju adik saya dan mulai minggu depan kembali menjahit skirt Ms. X pulak..

Alhamdulillah rezeki sentiasa ada..syukur padaNYA!


Monday, April 11, 2011

Bunga Daisy..

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni pun datangnya drp return customer..mmg agak lama untuk siapkan baju ni..kesnya sbb nk siapkan baju Puan Mimi dulu..entri sebelum ni..hihi..

Sy mohon maaf pada Ms. X sbb lama sgt terpaksa menunggu lama..hihi..baju pertama telah delivered last week..masa untuk menjahit just 2hari shj sbb hanya di tangan shj..








PESANAN PENAJA