MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Monday, February 13, 2012

Crumble Cunn..

Assalamualaikum...
Tempahan ini dtg drp tunang seorang officer di pejabat sy iaitu Cik Zatil Hafila..beliau inginkan crumble yang mana coraknya sama dengan tempahan sebelum ni..

Kainnya agak nipis..namun dapat diselesaikan dgn melapik kain gam..kalau tak benang pun xlekat kat kain ni..

Alhamdulillah..ramai yg 'like' corak ni..sy ambik masa kira-kira 2 minggu utk siapkan corak ni..lama jugak sbb sibuk dgn tugas luar pejabat..hopefully Cik Fila gembira dan berpuas hati dgn corak tempahan ni..terima kasih byk-byk..

Anyway..Selamat Pengantin Baru buat Fila dan En. Issyam yang akan berlangsung pada 18 Feb 2012 nnt..semoga berbahagia dan kekal hingga akhir hayat..!

Wednesday, December 28, 2011

Merah Ceria..

 Assalamualaikum...
Kembali aktif memanikkan diri..hihihi...bukannya tiada tempahan tapi sy yg busy memanjang..ditambah pulak dgn bisnes puding yang sedang diusahakan kecil-kecilan..

Baju ini ditempah oleh Pn. Mimi yang mana beliau tak kisah dgn corak dan bajet..so setelah fikir panjang, sy cuba untuk corak yang sy inspirasikan drp Sifu Syed Azmi yg sentiasa byk idea utk memanik...

Selama sebulan setengah untuk sy siapkan baju ni..hihihi..lama betul kan..byk masa dihabiskan utk kenduri adik sy baru-baru ni..
 Rantaian manik di sekeliling bunga di badan yang diminta oleh Pn. Mimi untuk menaikkan lagi seri baju..30gram manik putih telah digunakan..byk jugak ni..2 hari sy abiskan masa untuk menjahit part bunga ni..
 
 Pn. Mimi yang gemarkan ada juntaian di bajunya...xpernah buat lagi buah beri utk koleksi baju Pn. Mimi..so first time cuba..buah beri ni sgt cute kan..Alhamdulillah Pn. Mimi sgt suka..

 Crumble pearls di bahagian bawah lengan baju..begitu sarat dan menambah kilo di tangan...hihihi..bila pakai baju ni xleh naik penimbang berat tau...

Rupa keseluruhan baju..harap Pn. Mini berpuas hati...dan berbanyak terima kasih sbb sudi tempah dengan saya serta menjadi pelanggan tetap sy..moga ALLAH murahkan rezeki Pn. Mimi sekeluarga..Amin!!


Friday, December 23, 2011

Bunga Sakura Purple

Assalamualaikum..
Sy terlupa untuk post jahitan manik yang ini..hihi..begitu lama berada dlm draft blog sy...camner lak boleh terlepas pandang ni??terlampau byk benda yang nak dibuat...
Baju kali ni pun tempahan Pn. Mimi...masih byk lagi yang telah dihantar oleh Pn. Mimi untuk dimanikkan oleh sy...se'bundle'..hihihihi...





Corak yang ringkas dan simple..tp ianya nampak sgt cute... Selama seminggu sy siapkan corak ni..maybe ramai yang ckp...'alahai corak ringkas pun ambik masa lama ke??'..untuk pengetahuan semua..sy sorg yg bekerja drp kul 8.00 pagi hingga 5.00 petang..so masa saya adalah terhad..dan waktu utk membeli material pun hanya seminggu sekali shj..memanik hanyalah keje part-time di kala sy menonton TV waktu malam...hihihi...

Harap Pn. Mimi berpuas hati dengan corak kali..Maaf kalau ianya tidak memenuhi kehendak yang diminta..sy akan cuba corak yang lebih baik di masa akan dtg..Insyaallah!


Wednesday, December 21, 2011

Tempahan ke-2 McHah - Bunga Kerang

Assalamualaikum..
Tempahan dtg drp kawan sy, McHah..jenuh jugak berfikir utk siapkan tempahan ni sbb tuan baju mahukan corak yg simple dan murah..ermmm..akhirnya..



First time sy buat bunga dengan menggunakan corak kerang ni..cantik jugak bila terjadi bentuk bunga kan..2 hari sy nak siapkan di bahagian tangan ni..harap Mchah berpuas hati dengan jahitan kali ni..terima kasih byk2 sbb sudi tempah!

Bila duk umh sendiri (kuaters), mmg masa menjahit terpaksa dikurangkan..ada je keje yg nak dibuat..kalau duk umh sewa dulu, xperlu nk mop atau sapu umah beria sgt sbb umah fully berkarpet..skrg bila dah xde karpet..duk umh tinggi pulak..habuk mmg tahap melampau..menambahkan kerja-kerja yang nak dibuat..

Monday, December 5, 2011

Tempahan drp Ila...

Assalamualaikum..
Begitu lama rasanya baju adik Ila ni berada dalam simpanan sy..hihihihi..maaf Ila sebab lama menunggu..atas permintaan Ila..baju ni telah dijahit sama corak dgn baju sy


Corak yang simple shj..entri ni pun lama berada dlm draft...hihihi sibuk kebelakangan sampai xde masa nk post entri dan juga nak menjahit..alhamdulillah..tempahan sentiasa ada..hanya sy shj xde masa...harap2 customers sy boleh bersabar...rasanya lepas ni sy akan siapkan semua baju-baju yang ada sebelum mengambil tempahan baru..

Thursday, October 20, 2011

Bracelet Pink Saya....

Assalamualaikum..
Sebelum jahit bracelet di baju customer sy, Pn. Mimi..sy telah menge-test jahit bracelet ni di baju sy sendirik dulu..takut nanti xmenjadi di baju customer dan rosak lak kan..

Jahit je separuh..dah tau teknik then baru sy jahit baju customer sy..hihihi..dh siap jahit baju customer baru sy abiskan sisa-sisa jahitan di baju sy ni..

Saya sgt sukakan corak ni..simple tapi serinya nampak drp jauh..2 line je sy buat sbb baju sendiri bajet skit jer..hahaha..selalu kedekut dgn diri sendiri!xpatut betul...

Baju Raya Saya...huhuhu

Assalamualaikum..
Nak tgk manik baju raya sy yg telah siap dijahit dlm keadaan last minutes?hihihi..sehari je dh siap..cpt dan pantas supaya baju raya sy tak kosong dan xde seri...



Simple dan ala-ala bracelet kan..design sendiri dan main bantai jer..cantik di mata sy..xkisah la di mata org lain sebb ini baju sy sendiri..hahahaha...

Wednesday, October 12, 2011

Manik di Baju Mak Saya...

Assalamualaikum..
Bila balik kg jer mesti ada nada-nada bising mak sy yg menyuruh sy untuk menjahit baju dia..eiiii..kata mak sy "Asyik duk jahit baju org jer..jahit la baju mak sekali"...errmm..nada berkenaan buat sy serba salah sebabnya setiap kali balik kg sy mesti bwk balik baju customers yang patut sy jahit..bila dh menjahit baju mak sy..maknanya time line utk hantar baju customers sy akan lari skit..

Disebabkan xnak menghampakan permintaan mak sy..so 2 hari sebelum raya..sy pulun jahit baju mak sy ni..dalam sibuk2 tolong mak sy kat kedai..Alhamdulillah siap ler sehelai..boleh dibuat pakai utk raya..

Baju batik yg ditempah khas..huhu..

Demam yang melanda diri sy pada raya ke-2 menyebabkan sy xleh nk berjalan ke mana-mana..so nak hilangkan bosan sy menjahit ler pulak baju mak sy ni..siap dlm masa 2 hari..ringkas dan cantik jugak..sesuai la utk org tua..xleh nk bling-bling sgt..nnt abah sy marah!hihihi...


Then, baju ke-3 ni sy xsempat nk siapkan kat kg..akhirnya sy bwk balik ke Putrajaya..alahai..mmg bercinta nk jahit baju ni..sgt susah sebab kainnya yg sgt lembik dan lembut..

Mak sy sgt berpuas dengan kesemua baju yang telah sy jahit tu...katanya masih ada lagi baju yang nak dijahit..hahahaha..mak sy dah berjangkit penyakit 'manik'..huhuhu...




Bracelet Puan Mimi..

Assalamualaikum...
Lama betul tak update blog ni..rasa mcm dah bersawang..fuh..fuh..byk lak habuknya!Jahitan manik selepas raya..byk lagi yang nak dijahit tp sy terpaksa slow-kan diri disebabkan demam yang melanda selama seminggu..seterusnya dgn pindah ofis dan Karnival Usahawan Desa (KUD)..sy byk lak bertugas waktu malam..then now tgh berkemas nk pindah umah lak..

Namun, dlm kesibukan yang melanda..sempat lagi sy jahit baju customer tetap sy iaitu Pn. Mimi..Alhamdulillah..siap dlm jangkasama yg singkat iaitu 2hari shj..pulun abis-abisan jugak laa..kalau tak 2bulan pun tak siap-siap...hihihi...



First time sy jahit bracelet..tanpa belajar kat mana-mana dan hanya lihat pada gambar jer..akhirnya setelah mencuba..sy dah tau teknik utk menjahit bracelet ni..hihihi..boleh la kan..

Harap Pn.Mimi berpuas hati..terima kasih byk2 sebab hantar tempah dengan saya..!

Wednesday, September 14, 2011

Berries' Kak Zana..

Assalamualaikum...
Lama betul tidak update blog manik sy ni..bukan xde tempahan..tp sy terlalu sibuk..sibuk dengan demam di hari raya smpai seminggu dan sibuk dengan pindah ofis..

Sebelum balik raya..sy sempat jahitkan last tempahan raya untuk Kak Zana..ini pun atas permintaan Kak Zana yg mahukan buah berries..first time buat buah berries ni..alhamdulillah menjadi walaupun tanpa hadir mana-mana kelas jahitan manik..hihihihi..


 Masa yang diambil untuk siapkan tangan baju dengan buah berries ni ialah seminggu..hahaha..org lain ambik masa sehari jer kan..sy la sampai seminggu...huhuhu...mood raya dan balik kg dah melanda so mood utk menjahit tu mmg kena ber'cinta' sakan laa....


Alhamdulillah..semua baju customers telah deliver dgn baik dan sy sgt bersyukur sebab sy terima byk tempahan utk raya..maaf dipinta juga sebab ramai yg sy terpaksa tolak tempahan..takut xsempat nk pakai raya nnt sy lak yg susah hati...

Ramai customers yg bagi feedback tentang jahitan manik sy..semuanya memuji dan menjadi model pada hari raya..alhamdulillah gembira sy mendengarnya..!


- SYUKUR PADAMU YA ALLAH -

PESANAN PENAJA