MENARIK NI...

PERINGATAN MESRA

Perhatian:

Semua gambar-gambar di dalam blog ini adalah hak milik saya..tuan/puan TIDAK dibenarkan sama sekali untuk menggunakan gambar ini dengan tujuan kepentingan peribadi/perniagaan.

Kepada semua pelanggan yang dihormati, buat masa sekarang saya TIDAK menerima sebarang tempahan menjahit manik sehingga diberitahu kelak ...harap maklum...terima kasih!

Tuesday, July 26, 2011

Ceri-ceri Pearls..

Assalamualaikum..
Tempahan memanik kali ni dibuat oleh Puan Intan Yusmahani yang mana beliau hanya mahu baju raya-nya dimanikkan di tangan shj..
Puan Intan Yus juga tidak mahu sebarang labuci diletakkan..so baju ni sy decide nk buat pearls dan manik shj..ada sikit letak batu-batu sebagai penyeri..


Masa yang diambil untuk siapkan baju ini adalah selama 5 hari..agak lama sikit sebab kristal pearls hijau tu tak cukup dan memaksa sy ke kedai lagi sekali semlm..hari ahad lak kedai jahitan tu tutup..kalau tak hari isnin dah boleh deliver kat Puan Intan Yus


Corak keseluruhan tangan baju..harap Puan Intan Yus berpuas hati..corak ni saya tak pernah buat kat baju saper2 lagi ni..hihihi..terima kasih kerana sudi tempah dengan saya..moga lebih ceria dgn manik di tangan di hari raya nnt...



Bunga Matahari EO

Assalamualaikum..
Baju ke-2 yang dihantar oleh Puan EO TW..pada asalnya beliau nak selepas rasa tp kalau boleh nak sy siapkan sebelum raya..Alhamdulillah selepas berkira-kira masa akhirnya sy decide gak nk jahit baju ni dulu..


Tempoh masa yang diambil lebih kurang 10 hari..hahaha..lama kan..sebabnya dlm tempoh tersebut sy ada tunda untuk menjahit baju pengantin selama 4 hari..ada di entri sebelum ni..so tempoh sebenarnya nak menjahit adalah selama 6 hari shj..


Puan EO nak baju ni dijahit juga dileher yang mana corak adalah ditentukan sendiri oleh saya..masalah menjahit dileher ni rumit sikit sebenarnya..kadang-kadang sampai terjahit kain di sebelah bawahnya..kena buka balik jahitan..mmg byk dugaan..sebab itulah bila jahit manik di leher harga agak mahal sikit..



Saya namakan bunga ni bunga matahari..hihi..boleh la tu kan..

Rupa keseluruhan baju..harap Puan EO berpuas hati dengan jahitan kali ni..terima kasih sebab sudi tempah dengan saya..


Monday, July 25, 2011

Selamat Pengantin Baru Angah..

Assalamualaikum...
Jahitan manik kali ni lak datangnya daripada Angah, anak Kak Esah (Kak Esah ialah ofismate saya) sempena Majlis Pernikahan Angah..Baju nikah kepunyaan Kak Esah tapi skrg diperturunkn kpd Angah...Kak Esah nak jugak sentuhan saya..hihihi..last minit tempahan yang mana dlm tempoh ni sebenarnya mmg sy dah xambik mana-mana tempahan lagi..


Memandangkan baju ni untuk majlis penting..sy pun pulun jugak la menjahit..4 hari sy siapkan baju ni..ini pun atas permintaan Kak Esah yang mahukan corak yang ringkas..


Jahitan di bawah baju


Jahitan di tangan

Majlis telah pun berlangsung pada hari Sabtu lepas, 23 Julai 2011..sy sempat hadir untuk majlis tersebut..bangga seketika bila lihat org pakai baju hasil sentuhan tangan saya..xsempat lak nk bergambar dengan pengantin yang pakai baju yg telah saya manikkan tu..hihi..harap Kak Esah dan Angah berpuas hari..ribuan terima kasih diucapkan..!

Kepada Angah, Selamat Pengantin Baru diucapkan..Semoga berbahagia hingga akhir hayat!

Labuci Ringkas Cik Intan

Assalamualaikuam...
Lama sy tak update kan..bukan xde tempahan tapi sy je yg agak malas untuk update blog..hihi...Tempahan kali ni datangnya daripada Cik Intan Nadia..atas permintaan beliau yang mahukan corak yg simple so sy decide nk buat camni shj..




Masa yang diambil hanya 1 hari shj walaupun dah hampir 2 bulan duk dalam simpanan saya..byk baju yang ada due date perlu saya siapkan terlebih dahulu...sori yer Cik Intan sbb ambik masa lama sikit..hihi


Sebenarnya baju ni baju lama Cik Intan..tapi pearl asalnya telah tertanggal dan mahukan saya untuk mencantikkan balik baju ni..kata Cik Intan 'sayang kalau dibuang sebab kainnya masih elok'


Akhirnya baju lama telah menjadi baju baru..rupa keseluruhan baju Cik Intan..walaupun ringkas tapi sangat menarik bila menggunakan labuci..naik seri baju tu..!

Harap Cik Intan berpuas hati dengan sentuhan tangan sy ini..terima kasih byk-byk diucapkan!


Friday, July 1, 2011

Simple Crumble Pearl..

Assalamualaikum..
Simple Crumble Pearl kali ni ditempah oleh Puan Rohana, EO kat department TW..Terima kasih diucapkan..walaupun bukan kenal secara rapat namun jahitan manik menambahkan lagi keramahan yg mmg telah terjalin..hihi..delivered kat Puan EO pada hari isnin lepas..



Atas permintaan Puan EO sendiri yang mahukan pearls dihias atas bajunya namun beliau xnak pearls yang besar-besar..hihi..xper..itu bisa di atur..seminggu masa yang diambil utk saya siapkan jahitan simple crumble ni..Alhamdulillah..penat dan lelah akhirnya siap!



Saya menggunakan kristal pearls yang mana agak mahal di pasaran..kerana sy mahukan hasil yang berkualiti..kalau beli pearls yg murah..ianya cepat pudar dan tidak bersinar..mahal sikit xper asalkan tahan lama kan..



Harap Puan EO berpuas hati dengan simple crumble ini..dah xpayah pakai gelang emas lagi la bila pakai baju ni..hihihi...

Monday, June 27, 2011

Cabaran Menjahit Manik...

Assalamualaikum..
Orang selalu berkata "Eh!Apsal mahal sgt jahit manik ni??"
Tahukan anda..modal nk beli manik ni sgt mahal??xpercaya??ini ialah contoh resit terbaru sy beli manik/labuci/pearls utk baju customer


Best kan harga tu??hihihi..

1 paket manik tu bukannya byk sgt dan kadang-kadang perlu guna sampai 3-5 paket..bergantung kepada corak yang dikehendaki kan...harga kristal pearls yg besar tu RM5.50 sepaket yer...bukan 1color atau 1jenis shj..byk dan pelbagai color dan bentuk diperlukan...byk modal yg perlu sy keluarkan..

Dan jahit manik perlukan kesabaran yg sangat tinggi...leceh weiii...nk kutip satu-satu manik yang sgt kecik tu..pastu nk susun dan kira ikut warna..bukannya boleh main hentam jer..kalau yang bercorak tu nk kena lukis dulu..nk kena lak fikir color yg sesuai..byk yang kena berfikir...

Pastu nk kena lak bongkokkan badan nk menjahit..kena fokus..kalau xfokus..abis la bercampur semua manik/labuci tu..ada juga manik/labuci yang terbang nnt dan xjadi seperti yang dikehendaki...

The best part yang selalu sy hilang sabar ialah bila benang berselirat dan bila ditarik putus...aduhai!masa inilah yg buat saya rasa mcm nak menangis..benang-benang tu bersambung panjang..kalau berselirat dan terpaksa potong...abis la kena jahit semula..oohhh..xmungkin...!

Kalau ada yg komplen psl harga mahal..sila la cuba jahit sendiri..tengok kekemasan jahitan anda..tgk brepa modal anda..tengok corak yang mampu anda buat...rasanya xsemua org mampu menjahit manik ni kalau tiada kesabaran yang tinggi...


Nota Kaki: tetiba rasa nk rehat drp jahit manik buat seketika!haha...

Friday, June 24, 2011

Manik Tabur Aainaa

Assalamualaikum..
Baju raya yang ke-3 saya jahit utk Aainaa...atas permintaan Aainaa yang hanya mahukan yang ringkas shj di tangan..so sy decide nk jahit manik tabur shj

Sebenarnya jahit manik tabur la paling susah sebab kena kutip satu-satu..adehhhh!..letih jugak..disebabkan tahap kemalasan yang melanda, 2 hari sy nk siapkan corak yang simple ni..hahaha..sepatutnya separuh hari leh siap tau..



Rupa keseluruhan tangan..comel kan..sy suka dan harap Aainaa pun suka..!!

Wednesday, June 22, 2011

Bunga-Bungaan Kuning Aainaa

Assalamualaikum..
Baju raya Aainaa yang ke-2 saya jahit..batu-batu dan manik sy import drp Kelantan sebab kat sini xde batu yg kena dengan warna yang saya nak..

9 hari sy ambik masa untuk siapkan baju ni..alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya siap..al-maklum la sy bukannya sepenuh masa menjahit kan..ada masa terluang sy jahit laa..kalau ms yg diambil agak lama skit tu harap semua pelanggan sy faham..


Sekuntum bunga di tangan


Di tangan




Di baju..hanya dibadan shj dijahit..ini mmg permintaan Aainaa sbb baju first yg dijahit tu dah ada dileher..so lain baju lain lak corak dan tempat jahitan manik..ada sedikit variasi di baju kan..


Rupa keseluruhan baju..

Nota: Atas permintaan pelanggan harga asas setiap baju yg dah dijahit dan dah deliver ada di side bar sebelah kanan ..mohon pelanggan faham sebab harga setiap jahitan manik adalah berbeza harganya mengikut keperluan..

Tuesday, June 14, 2011

Crumble Pearl Puan Mimi..

Assalamualaikum..
Lama berfikir nk taip apa kt entri ni..
Ok..tempahan kali ni dtg drp regular customer sy, Puan Mimi..memula dia hantar satu beg baju yg mengandungi 10 helai baju yang nak dijahit manik..adehhh!terkedu seketika..namun sy terima dengan hati yang terbuka..nasib baik bukan untuk dipakai di hari raya..Alhamdulillah..rezeki jgn ditolak..beberapa hari kemudian..menyusul lak baju raya ni..

Atas permintaan Puan Mimi yang mahukan crumble pearl..modal agak besar sikit sebab sy guna kristal pearl yang shining dan cantik..pearl biasa mmg murah tapi tidak berkualiti dan tidak shining..Masa yang diambil utk jahit adalah selama seminggu..


Di bahagian tangan


Di bahagian leher


Di keseluruhan leher


Juntaian yang diminta..


Rupa keseluruhan baju, di leher dan juga di tangan..

Crumble Pearl yg simple tp alhamdulillah Puan Mimi suka dan berpuas hati..ucapan ribuan terima kasih buat Puan Mimi kerana sudi hantar baju kat sy untuk dicantikkan..hihi

Nota kaki: bila nk jahit crumble kt baju sendiri ni??


Monday, June 13, 2011

Shimmering Floral Pearl Aainaa

Assalamualaikum..
Tempahan jahit manik kali ni drp kawan sebelah meja sy..Puan Aainaa..first time hantar, terus 3pasang baju raya..dia hantar awal-awal sbb sy selalu push dia hantar..hahaha..tujuannya supaya sy dapat siapkan baju dia dalam keadaan yg kemas dan cantik..tidak kelam-kabut kejar masa..hihihi..betul tak Aainaa??

Masa yang diambik kali ni hampir 2minggu..sebabnya sy kena hadir utk kursus selama 4 hari di Pulau Pangkor..so masa untuk menjahit amat terhad..

Jahitan kali ni adalah gabungan antara bunga dan pearl..kali ni ialah kali ke-2 sy menerima color biru KKLW ni..hahaha..dlm simpanan baju yg dihantar oleh customer pun ada lagi satu color biru ni..


Selepas berbincang dengan Aainaa..sy decide nk buat half leher jer..dpt jimat modal/upah dan juga masa untuk menjahit..lagipun Aainaa bertudung dan dengan ketiadaan manik di atas tidak akan mencacatkan keadaan dan rupa bila memakai baju tu nnt..


Shimmering floral di tangan..


Rupa keseluruhan baju..Saya sangat suka jahit corak ni..ada keriangan di hati nk siapkannya..hihihi..

Nota kaki: kenapa la sy xpandai jahit baju sendiri secantik ni??

PESANAN PENAJA